Wednesday, October 31, 2012

Detik-Detik Yang Sangat Bernilai Dalam Hidup.....

السلام علبكم و رحمة الله و بركاته

“Tempat mengadu, meminta, dan kembali segala urusan bagi orang beriman hanyalah Allah, Rasulullah memberitahukan detik-detik yang sangat berharga untuk menghadap dan memohon kepada Allah”

1. Waktu sepertiga malam terakhir saat orang lain terlelap dalam tidurnya, Allah SWT berfirman:
كَانُوا قَلِيلا مِنَ اللَّيْلِ مَا يَهْجَعُونَ وَبِالأسْحَارِ هُمْ يَسْتَغْفِرُونَ
“….Mereka para muttaqin(orang bertaqwa) sedikit sekali tidur di waktu malam, dan di akhir malam, mereka memohon ampun kepada Allah.” (QS Adz Dzariyat: 18-19).

Rasulullah SAW bersabda: “Rabb (Tuhan) kita turun di setiap malam ke langit yang terendah, iaitu saat sepertiga malam terakhir, maka Dia berfirman: Siapa yang berdoa kepadaKu maka Aku kabulkan, siapa yang meminta kepadaKu maka Aku berikan kepadanya, dan siapa yang meminta ampun kepadaKu maka Aku ampunkan untuknya.” (HR Al Bukhari)

Dari Amr bin Ibnu Abasah mendengar Nabi SAW bersabda: “tempat yang paling mendekatkan seorang hamba dengan Tuhannya adalah saat ia dalam sujudnya dan jika ia bangun melaksanakan sholat pada sepertiga malam yang akhir. Kerana itu, jika kamu mampu menjadi orang yang berzikir kepada Allah pada saat itu maka jadilah.” (HR At Tirmidzi dan Ahmad)

2. Waktu antara adzan dan iqamah, saat menunggu shalat berjamaah
Rasulullah SAW bersabda: “Doa itu tidak ditolak antara adzan dan iqamah, maka berdoalah!” (HR Ahmad dan Ibnu Hibban)
Hadits Abdullah bin Amr Ibnul Ash ra, bahawa ada seorang laki-laki berkata: “Wahai Rasulullah, sesungguhnya para muadzin itu telah mengungguli kita,” maka Rasulullah SAW bersabda: “Ucapkanlah seperti apa yang diucapkan oleh para muadzan itu dan jika kamu selesai (menjawab), maka memohonlah, kamu pasti diberi”.
(HR Abu Dawud dan Ibnu Hibban)

3. Pada waktu sujud, iaitu sujud dalam shalat atau sujud-sujud lain yang diajarkan Islam. (seperti sujud syukur, sujud tilawah dan sujud sahwi)
“Kedudukan hamba yang paling dekat dengan Tuhannya adalah ketika ia dalam keadaan sujud, maka perbanyaklah doa.” (HR Muslim)

Dan dalam hadits Ibnu Abbas ra, ia berkata: “Rasulullah SAW membuka tabir (ketika beliau sakit), sementara orang-orang sedang berbaris (sholat ) di belakang Abu Bakar ra, maka Rasulullah SAW bersabda; “”Wahai sekalian manusia, sesungguhnya tidak tersisa dari mubasysyirat nubuwwah (khabar gembira lewat kenabian) kecuali mimpi baik yang dilihat oleh seorang muslim atau diperlihatkan untuknya. Ingatlah bahawasanya aku dilarang untuk membaca Al Qur’an ketika ruku’ atau ketika sujud. Adapun di dalam ruku’, maka agungkanlah Allah dan adapun di dalam sujud, maka bersungguh-sungguhlah berdoa, sebab (hal itu) pantas dimaqbulkan bagi kamu semua.” (HR Muslim)

4. Setelah sholat fardhu. Iaitu setelah melaksanakan sholat-sholat wajib yang lima waktu, termasuk sehabis sholat Jumat.
Allah berfirman: 
وَسَبِّحْ بِحَمْدِ رَبِّكَ قَبْلَ طُلُوعِ الشَّمْسِ وَقَبْلَ الْغُرُوبِوَمِنَ اللَّيْلِ فَسَبِّحْهُ وَأَدْبَارَ السُّجُودِ
“dan bertasbihlah sambil memuji Tuhanmu sebelum terbit matahari dan sebelum terbenam (nya).dan bertasbihlah kamu kepadaNya di malam hari dan selesai sholat” (QS Qaaf: 39-40)
 “Rasulullah SAW ditanya tentang bila doa yang paling didengar (oleh Allah), maka beliau bersabda: “Tengah malam terakhir dan setelah sholat-sholat yang diwajibkan.” (HR At Tirmidzi)

5. Waktu-waktu khusus,mustajab doa pada satu saat dihari Jumaat tetapi tidak diketahui dengan pasti batasan-batasannya.

Galakan Allah agar kita sentiasa berdoa dan memohon padanya seperti firmanya:
 
وَإِذَا سَأَلَكَ عِبَادِي عَنِّي فَإِنِّي قَرِيبٌ أُجِيبُ دَعْوَةَ الدَّاعِ إِذَا دَعَانِ فَلْيَسْتَجِيبُوا لِي وَلْيُؤْمِنُوا بِي لَعَلَّهُمْ يَرْشُدُونَ
Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang Aku, maka (jawablah), bahwasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon kepada-Ku, maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah) Ku dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku, agar mereka selalu berada dalam kebenaran.-Albaqarah 186 

Doa bulan Rejab : اللهم بارك لنا في رجب وشعبان وبلغنا  رمظان
Ya Allah Ya Tuhan kami, limpahilah berkat kepada kami pada bulan Rejab dan Sya’ban dan sampaikanlah kami ke bulan Ramadhan. (HR Imam Ahmad, ath-Thabarani dan lain-lain)

والله أعلم بالصواب والله تعالى أعلىو أعلم

و إلى اللقاء إن شاء الله تعالى

والسلام علبكم و رحمة الله و بركاته

وَتَعَاوَنُوا عَلَى الْبِرِّ وَالتَّقْوَىٰ ۖ وَلَا تَعَاوَنُوا عَلَى الْإِثْمِ وَالْعُدْوَانِ
(٢ :سورة المائدة)
Dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan bertaqwa, dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa (maksiat) dan permusuhan.(Al-Maidah:2)

كلمتان خفيفتان علي اللسان ثقيلتان في الميزان حبيبتان إلي الرحمن سبحان الله وبحمده سبحان الله العظيم
2 kalimah yang ringan di lidah,berat di atas neraca timbangan
dan disukai oleh Allah Tuhan Yang Maha Pengasih ialah:سبحان الله وبحمده سبحان الله العظيم
SUBHANALLAH WABIHAMDIHI,SUBHANALLAHIL AZEEM
Maha suci Allah dan Segala  Puji Baginya , Mahasuci Allah Yang Maha Agung
(Hadith Riwayat Bukhari & Muslim)

Monday, October 8, 2012

Empat Punca Hidup Manusia Tidak Tenteram

Jendela Hikmah: Empat punca hidup manusia tidak tenteram

SEKUMPULAN bekas pelajar sebuah universiti berkumpul menziarahi bekas pensyarah mereka. Pensyarah itu amat gembira menerima kedatangan bekas pelajar yang berjaya dalam jurusan dan kehidupan masing-masing.

Mereka bertanya khabar dengan penuh mesra dan terus terang. Perbincangan berlanjutan sehingga menyangkut kepada permasalahan berbentuk peribadi. Ada yang mengeluh, mengadu dan meluahkan perasaan yang tertekan dengan pelbagai permasalahan, tekanan hidup berkeluarga, dengan rakan di tempat kerja serta masyarakat sekeliling.

Pensyarah itu hanya tersenyum dan terus menuju ke dapur untuk mengambil cawan pelbagai bentuk dan warna. Ada yang dibuat daripada tembikar, kaca dan plastik. Ada yang cantik, penuh hiasan, kelihatan mahal dan ada yang biasa saja dan murah.

Pensyarah itu menjemput semua bekas anak murid itu minum menggunakan cawan pilihan mereka.

Apabila semua bekas pelajar itu mengambil cawan yang terisi air, dia pun berkata: ”Jika kamu perhatikan, semua cawan yang cantik dan mahal itu diambil, yang tinggal hanya cawan yang biasa-biasa dan murah!

“Begitulah lumrahnya kita hanya akan memilih yang terbaik (menurut pandangan luaran), sebenarnya itulah punca masalah dan tekanan hidup yang kita semua hadapi!”

Apa yang kita perlukan sebenarnya adalah air, bukan cawan itu, tetapi kita secara tidak sedar memilih cawan yang cantik saja!

Demikianlah kehidupan ini – ibarat air. Kerjaya, wang ringgit dan kedudukan dalam masyarakat semuanya umpama cawan yang beraneka warna itu. Semua itu adalah alat atau pemudah cara untuk meneruskan hidup tetapi kualiti hidup tidak berubah.

Jika kita hanya menumpukan perhatian kepada cawan, kita tidak ada masa untuk menghargai, merasakan dan menikmati air itu!

Apa yang pensyarah itu katakan bertepatan dengan apa yang al- Quran bentangkan mengenai jiwa manusia yang selalu berkeluh kesah dan tidak pernah rasa cukup.

Pelbagai permasalahan kita berpunca daripada empat perkara:
  • Kita hanya memandang dan menginginkan apa yang ada pada tangan orang lain. Kita tidak nampak atau lupakan nikmat di dalam genggaman kita. Walhal, Allah telah berikan kepada kita. Oleh itu kita tidak rasakan ‘keseronokan’ atau terasa nikmat dengan pemberian itu.
  • Kita terlalu banyak ‘komplen’ dan komen (mengadu) dan mengeluh serta menyalahkan keadaan sehingga kepada permasalahan sekecil-kecilnya dalam kehidupan dunia ini. Tetapi, kita sering lupa kesusahan dan penderitaan sebenar yang bakal kita hadapi di akhirat kelak.
  • Kita terlalu mengejar kemewahan, kemegahan dan glamor kehidupan sehingga melupakan tujuan hidup kita sebenarnya. Inilah sebenar ujian hidup yang kadang kala kita rasakan amat memeritkan untuk dihindari, pada hal kita tahu ganjarannya adalah syurga daripada Allah.
  • Kita selalu menganggap kehidupan di dunia ini untuk hidup selama-lamanya. Oleh itu, kita menghabiskan seluruh sumber dalam diri semata-mata untuk membina pengaruh, mengumpul harta dan kemasyhuran diri seolah-olah ‘kematian’ itu untuk orang lain, bukan untuk kita. Kita lupa semua kejadian akan mati dan walhal akhirat adalah kehidupan abadi.


Oleh itu, dari sekarang kita hentikan perangai suka komplen, komen dan berkeluh kesah. Kita hargailah kehidupan ini. Kita jalani kehidupan sebagai khalifah Allah, melakukan yang makruf, melarang perkara yang mungkar.

Kita syukuri nikmat yang ada dan panjangkan nikmat ini kepada orang lain dengan memberikan khidmat menolong dan memudahkan kehidupan orang lain.

Pernah suatu ketika Saidina Ali ditanya oleh seorang lelaki: "Jika diberikan pilihan, mana satukah yang kamu pilih?, kehidupan di dunia atau mati?

Jawapan baginda memeranjatkan lelaki itu: “Saya akan pilih kehidupan di dunia, melalui perjuangan dalam kehidupan ini, saya mendapat bekalan untuk mencapai keredaan Allah di akhirat kelak.”

Oleh Endok Sempo M Tahir

Sunday, October 7, 2012


Kisah al-Fatihah

Selepas selesai menunaikan ibadat haji, Imam Abu Hanifah pergi ke Madinah bagi menziarahi makam Rasulullah. Semasa berada di Madinah, Imam Abu Hanifah lebih suka beriktikaf di Masjid Nabi. Oleh kerana namanya sudah terkenal, penduduk Madinah meminta beliau mengadakan kuliah agama. Imam Abu Hanifah mengajar mengikut ijtihadnya sendiri. Manakala ulama-ulama di Madinah pula tidak bersetuju dengan beberapa pendapat Imam Abu Hanifah, antaranya mengenai solat berjemaah. Menurut Imam Abu Hanifah, memadai imam sahaja yang membaca Fatihah. Fatwa Imam Abu Hanifah itu menjadi perbualan ramai. Ada yang bersetuju dan ramai yang tidak bersetuju. Bagi mengatasi masalah itu, penduduk Madinah meminta ulama-ulama mereka berbahas dengan Imam Abu Hanifah. Mereka melantik 10 orang ulama Madinah bagi berbahas dengan Imam Abu Hanifah.

“Imam Abu Hanifah, kami datang mahu berbahas dengan tuan mengenai pendapat tuan yang mengatakan apabila solat berjemaah hanya imam yang membaca al-Fatihah. Sedangkan hadis nabi mengatakan bacaan al-Fatihah itu wajib dalam solat,” kata salah seorang kumpulan ulama Madinah itu.

“Saya tidak menolak hadis itu tetapi menolak perawi hadis itu. Saya pernah berguru dengan Ibnu Mas’ud yang pernah hidup pada zaman Rasulullah. Beliau mengatakan mereka yang baru memeluk Islam dan belum hafaz bacaan al-Fatihah juga mendirikan solat di belakang Rasulullah. Oleh kerana itu saya berfatwa memadai imam sahaja yang membaca al-Fatihah,” kata Imam Abu Hanafi.

10 ulama Madinah itu tidak berpuas hati dan tidak dapat menerima pendapat Imam Abu Hanifah. Selepas agak lama berdebat akhirnya Imam Abu Hanifah pun berkata, “Perdebatan ini sungguh tidak adil kerana kamu datang 10 orang melawan saya seorang. Kamu pula ulama-ulama yang hebat sedangkan saya orang biasa sahaja. Oleh kerana itu kamu pulang dahulu kemudian bincang siapa yang menjadi wakil kamu bagi berdebat dengan saya.”

“Baiklah kami setuju,” kata mereka lalu pulang.

Kemudian mereka berbincang bagi memilih siapa dalam kalangan mereka yang paling layak berdebat dengan Imam Abu Hanifah. Berlaku pertengkaran sesama mereka kerana masing-masing mahu menjadi wakil. Akhirnya tercapai juga kata sepakat lalu dipilih seorang yang paling tua dalam kalangan mereka.

Keesokan harinya, sekali lagi 10 ulama itu datang menemui Imam Abu Hanifah. Kemudian salah seorang daripada mereka berkata, “Kami sudah mencapai kata sepakat melantik salah seorang antara kami menjadi wakil bagi berdebat dengan tuan.”

“Adakah dia yang paling tua dalam kalangan kamu?” Tanya Imam Abu Hanifah.

“Benar lelaki ini yang paling tua dalam kalangan kami,” jawab salah seorang daripada mereka.

“Adakah dia yang paling warak?” Tanya Imam Abu Hanifah lagi.

“Benar dia yang paling warak dalam kalangan kami.”

“Adakah dia yang paling fasih lidahnya?”

“Memang benar lelaki ini yang paling fasih lidahnya antara kami.”

“Wakil kami itu adalah orang yang paling alim antara kami.”

Imam Abu Hanifah tersenyum lalu berkata, “Kamu sudah memilih salah seorang antara kamu menjadi wakil. Adakah kamu akan terima apa sahaja yang dia perkatakan?”

“Benar tuan sebab dia yang paling layak sebab itu kami sudah sepakat melantik dia,” kata salah seorang kumpulan ulama Madinah itu.

“Begitu jugalah dengan solat. Imam itu dilantik daripada persetujuan orang ramai. Dia yang paling tua umurnya, paling baik pekertinya, paling berilmu pengetahuan dan paling penting fasih lidahnya membaca al-Fatihah. Apabila kamu sepakat melantik seseorang menjadi imam, cukup dia seorang yang membaca al-Fatihah seperti kamu sepakat melantik dia menjadi wakil dan bersetuju dengan apa yang diperkatakannya,” kata Imam Abu Hanifah.

Akhirnya 10 ulama Madinah itu bersetuju dengan pendapat Imam Abu Hanifah bahawa apabila solat berjemaah, cukup sekadar imam yang membaca al-Fatihah