Thursday, February 21, 2013

Anjuran Menuntut Ilmu dan Kelebihannya

السلام علبكم و رحمة الله و بركاته
Sahabat yang dirahmati Allah sekelian, diantara hamba-hamba Allah yang paling takut dengan Allah ialah orang yang berilmu-(Ulama) iaitu orang yang mempunyai ilmu yang berkaitan dengan ketaqwaan/pengabdian  kepada Allah .Dimanakah kedudukan kita ? kita jawab dalam hati kecil kita dimana kedudukan kita kerana hati kecil kita tidak pernah menipu kedudukan kita yang sebenar. Oleh itu marilah kita bersama-sama mencari /mempelajari /mendengar /membaca ilmu-ilmu  yang boleh menyebabkan kita lebih mendekati Allah. Allah berfirma:

إِنَّمَا يَخْشَى اللَّهَ مِنْ عِبَادِهِ الْعُلَمَاء 
Sesungguhnya yang takut kepada Allah di antara hamba-hamba-Nya, hanyalah ulama .Fathir 28

يَرْفَعِ اللَّهُ الَّذِينَ آمَنُوا مِنكُمْ وَالَّذِينَ أُوتُوا الْعِلْمَ دَرَجَاتٍ
niscaya Allah akan meninggikan orang-orang yang beriman di antaramu dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan beberapa darjat-Mujadilah11

Sabda Nabi:
1.  Daripada Mu`awiyah bin Abi Sufyan, dia berkata, bahawa Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam telah bersabda:

 مَنْ يُرِدِ اللهُ بِهِ خَيْرًا يُفَقِّهْهُ فِي الدِّيْنِ
“Barangsiapa yang dikehendaki ALLAH pada seseorang itu akan kebaikan, nescaya DIA fahamkan diri seseorang itu dalam hal agama.” (HR Muttafaqun `alaih)

2.  Daripada Abu Hurairah, radhiAllahu `anhu, dia berkata, bahawa Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam telah bersabda:

مَنْ سَلَكَ طَرِيْقًا يَلْتَمِسُ فِيهِ عِلْمًا سَهَّلَ اللهُ لَهُ بِهِ طَرِيقًا اِلَى الْجَنَّةِ
“Barangsiapa menempuh suatu jalan untuk mencari ilmu, nescaya dimudahkan  oleh ALLAH baginya jalan menuju ke Syurga.”(HR Muslim)

3.  Daripada Abu Hurairah, radhiAllahu `anhu, dia berkata, bahawa Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam telah bersabda:

 اِذَا مَاتَ ابْنُ آدَمَ اِنْقَطَعَ عَمَلُهُ اِلاَّ مِنْ ثَلاَثٍ: صَدَقَةٍ جَارِيَةٍ أَوْ عِلْمٍ يُنْتَفَعُ بِهِ أَوْ وَلَدٍ صَالِحٍ يَدْعُو لَه
“Apabila mati anak Adam, terputuslah amalan-amalannya kecuali tiga hal:  sedeqah jariah atau ilmu yang bermanfaat atau anak soleh yang mendo`akannya.” (HR Muslim, Ibnu Majah dan Ibnu Khuzaimah dari sanad yang lain.)

Sahabat yang dirahmati Allah , semoga kita termasuk diantara hamba Allah yang paling bertakwa kepadanya dengan membanyakan mempelajari, mendengar dan memahami ilmu yang mendekankan kita dengan Allah.

والله أعلم بالصواب والله تعالى أعلىو أعلم
 
و إلى اللقاء إن شاء الله تعالى

والسلام علبكم و رحمة الله و بركاته
 

وَتَعَاوَنُوا عَلَى الْبِرِّ وَالتَّقْوَىٰ ۖ وَلَا تَعَاوَنُوا عَلَى الْإِثْمِ وَالْعُدْوَانِ
 
(٢ :سورة المائدة)
Dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan bertaqwa, dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa (maksiat) dan permusuhan.(Al-Maidah:2)

كلمتان خفيفتان علي اللسان ثقيلتان في الميزان حبيبتان إلي الرحمن سبحان الله وبحمده سبحان الله العظيم
 
2 kalimah yang ringan di lidah,berat di atas neraca timbangan
dan disukai oleh Allah Tuhan Yang Maha Pengasih ialah:سبحان الله وبحمده سبحان الله العظيم
SUBHANALLAH WABIHAMDIHI,SUBHANALLAHIL AZEEM
Maha suci Allah dan Segala  Puji Baginya , Mahasuci Allah Yang Maha Agung
(Hadith Riwayat Bukhari & Muslim)

Tuesday, February 12, 2013

Mari Kita Berwakaf...

السلام علبكم و رحمة الله و بركاته
Sahabat yang dirahmati Allah sekelian, mari kita amati sebuah hadis Rasulullah mengenai persoalan Wakaf semoga akan membuka minda kita untuk berwakaf yang mana ianya akan menjadi saham kepada kita walaupun setelah kita tiada dimuka bumi Allah ini.

عَنْ ‏أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِىَ اللهُ تَعَالى عنه ‏أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ ‏ ‏صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ‏ ‏قَالَ : ‏ ‏إِذَا مَاتَ ابْنُ آدَمَ انْقَطَعَ عَنْهُ عَمَلُهُ إِلاَّ مِنْ ثَلاثَةٍ : صَدَقَةٍ جَارِيَةٍ ، اَوْعِلْمِ يُنْتَفَعُ بِهِ ، أَوْ وَلَدٍ صَالِحٍ يَدْعُو لَهُ. ‏ 

“Apabila matinya seseorang anak Adam itu maka terputuslah amalannya kecuali tiga perkara iaitu sedekah jariah(wakaf) , ilmu yang dimanfaatkannya dan anak yang soleh yang sentiasa mendoakan kepada kedua ibubapanya. (Hadis Riwayat Muslim )

Wakaf adalah satu ibadah menyerahkan harta yang kita miliki untuk kegunaan Umat Islam/maknuasia dengan niat sebagai ibadah untuk mendekatkan diri kita kepada Allah . Para Fuqahah (ahli fiqh dan ulama') berpendapat amalan wakaf merupakan ibadah yang berbentuk sedekah jariah yang menjanjikan ganjaran pahala yang berkekalan dan mengalir terus kepada pewakaf buat selama-lamanya dan sangat dituntut dalam agama Islam. Ia merupakan suatu amal soleh yang mana pahalanya akan diberikan secara berterusan oleh Allah  kepada pewakaf selagi mana harta atau ain yang diwakafkan itu kekal dan dimanfaatkan oleh orang ramai. Kedudukan harta wakaf adalah kekal sebagai hak Allah Taala, dengan demikian kedudukan harta waqaf tidak boleh dimiliki, dijual, dihibah ( diberi ) , diwarisi dan dipusakai.

Allah  telah mensyariatkan/menetapkan wakaf, menganjur dan menjadikannya sebagai salah satu cara untuk mendampingkan diri kepadanya dan memberikan pahala yang cukup besar bagi sesiapa yang menginfaqkan/mewakafkan harta mereka ke jalan Allah  sebagaimana firmannya :-

 مَّثَلُ ٱلَّذِينَ يُنفِقُونَ أَمۡوَٲلَهُمۡ فِى سَبِيلِ ٱللَّهِ كَمَثَلِ حَبَّةٍ أَنۢبَتَتۡ سَبۡعَ سَنَابِلَ فِى كُلِّ سُنۢبُلَةٍ مِّاْئَةٍُ حَبَّةٍ۬‌ۗ وَٱللَّهُ يُضَـٰعِفُ لِمَن يَشَآءُ‌ۗ وَٱللَّهُ وَٲسِعٌ عَلِيمٌ
“ Bandingan ( pahala ) orang-orang yang membelanjakan harta mereka pada jalan Allah seumpama sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai dan tiap-tiap tangkai itu pula terdapat seratus biji. Dan ingatlah Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya dan Allah Maha Luas ( KurniaNya ) lagi Maha Mengetahui”. ( Surah Al-Baqarah Ayat 261 )

Firmanya lagi,
وَمَا يَفْعَلُواْ مِنْ خَيْرٍ فَلَن يُكْفَرُوْهُ وَاللّهُ عَلِيمٌ بِالْمُتَّقِينَ 
Dan apa sahaja kebajikan yang mereka lakukan, maka mereka tidak sekali-kali akan dinafikan atau disekat daripada mendapat pahala. Dan ingatlah allah sentiasa mengetahui akan keadaan orang-orang yang bertakwa.Ali Imran 115

Sesungguhnya tujuan kita dihidupkan dimuka bumi ini ialah untuk mengabadikan diri kepada Allah , Tuhan Yang Maha Pencipta dan Maha Berkuasa. Mengabadikan diri termasuklah dengan beribadah kepadaNya, mentaati perintahNya dengan melaksanakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya.


Sebagai hamba Allah sudah tentu kita sentiasa mahu berada dekat kepadaNya serta menjadi hambaNya yang dikasihi kerana orang yang dikasihi Allah  akan mendapat rahmat, hidayah dan berkat serta perlindungan daripada Allah . Terdapat beberapa amalan yang boleh mendekatkan diri kita kepadaNya, antaranya dengan bersedekah mengikut istilah syarak, sedekah ialah pemberian semasa hidup kepada seseorang tanpa ada tukar ganti atas dasar mendekatkan diri kepada Allah . Allah berfirman  :

لَن تَنَالُواْ الْبِرَّ حَتَّى تُنفِقُواْ مِمَّا تُحِبُّونَ وَمَا تُنفِقُواْ مِن شَيْءٍ فَإِنَّ اللّهَ بِهِ عَلِيمٌ
"Kamu sekali-kali tidak akan dapat mencapai hakikat kebaktian yang sempurna hingga kamu menafkahkan sebahagian dari apa yang kamu sayangi. Dan apa saja yang kamu nafkahkan itu, maka sesungguhnya Allah Maha Mengetahui".Al-Imran ayat 92

Dari penjelasan tersebut juga dapatlah kita membezakan antara amalan sedekah dan wakaf itu dimana sedekah boleh diberikan kepada sesiapa sahaja yang memerlukan, barang yang disedekahkan itu pula boleh dipindah milik seperti diberikan lagi kepada orang lain, dijual, dipindah ketempat lain dan sebagainya serta barang juga tidak semestinya sesuatu yang kekal dan tahan lama seperti makanan, minuman dan sebagainya. Hukum berwakaf ialah sunat namun ganjaran dari amalan berwakaf sangatlah besar kerana si pewakaf sentiasa menerima pahala amalannya selagi benda yang diwakafkan tersebut masih dapat dimanfaatkan oleh orang ramai, dan ganjarannya tersebut akan sentiasa diterima walaupun dia telah meninggal dunia.

Sahabat yang dirahmati Allah sekelian, memandangkan membelanjakan harta di jalan Allah itu sesuatu yang dituntut oleh agama kita dan sangat besar faedah kepada umat manusia dan ganjarannya juga besar disisi Allah . Maka sangat rugilah bagi mereka yang mempunyai kemampuan dan kelebihan jika tidak merebut peluang bebuat demikian, kerana masa didunia inilah sahaja tempat kita melabur utuk akhirat. Dan ingatlah bahawa orang-orang yang besedekah, berwakaf, membelanjakan hartanya untuk barang lain akan mendapat menghindarkan dirinya dari kebakhilan bahkan juga dapat menyelamatkan dirinya dari seksa api neraka. Dan mereka itulah orang-orang yang berbahagia, akhirnya marilah kita sama-sama berdoa semoga kita dapat nikmat rezeki yang halal dan baik supaya dengan nikmat tersebut kita dapat menggunakannya kearah jalan yang berkebajikan dan bagi mendapat rahmat dan berkat daripada Allah .
Ada sebuah Masjid Nurul Iman -Telok Panglima Garang Selangor  ingin membuat pembesaran ruang solat dan memohon sedekaf wakaf ,jadi setelah kita tahu betapa besarnya pahala berwakaf ini maka marilah kita sama-sama berwakaf sebagai saham akhirat untuk kita semua (saya dan anda) dan sampaikan kepada yang lain semoga kita semua akan mendapat ganjaran yang besar bersama-sama dihadapan Allah nanti.

Tabung pembangunan Masjid Nurul Iman-Telok Panglima Garang, Selangor
CIMB Islamic Account :12270000242101

Akhirnya kita amati Firman Allah yang baerkaitan denagnya:
الَّذِي يُؤْتِي مَالَهُ يَتَزَكَّى وَمَا لِأَحَدٍ عِندَهُ مِن نِّعْمَةٍ تُجْزَى إِلَّا ابْتِغَاء وَجْهِ رَبِّهِ الْأَعْلَى وَلَسَوْفَ يَرْضَى 
"Yang mendermakan hartanya dengan tujuan membersihkan dirinya dan harta bendanya, sedang ia tidak menanggung budi sesiapa pun, yang patut dibalas, hanyalah mengharapkan keredhaan tuhannya yang Maha Tinggi. Dan demi sesungguhnya, ia tetap akan berpuas hati pada hari akhirat, dengan mendapat segala yang diharapkannya". 

والله أعلم بالصواب والله تعالى أعلىو أعلم
 
و إلى اللقاء إن شاء الله تعالى

والسلام علبكم و رحمة الله و بركاته
 

وَتَعَاوَنُوا عَلَى الْبِرِّ وَالتَّقْوَىٰ ۖ وَلَا تَعَاوَنُوا عَلَى الْإِثْمِ وَالْعُدْوَانِ
 
(٢ :سورة المائدة)
Dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan bertaqwa, dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa (maksiat) dan permusuhan.(Al-Maidah:2)

كلمتان خفيفتان علي اللسان ثقيلتان في الميزان حبيبتان إلي الرحمن سبحان الله وبحمده سبحان الله العظيم
 
2 kalimah yang ringan di lidah,berat di atas neraca timbangan
dan disukai oleh Allah Tuhan Yang Maha Pengasih ialah:سبحان الله وبحمده سبحان الله العظيم
SUBHANALLAH WABIHAMDIHI,SUBHANALLAHIL AZEEM
Maha suci Allah dan Segala  Puji Baginya , Mahasuci Allah Yang Maha Agung
(Hadith Riwayat Bukhari & Muslim)

Wednesday, February 6, 2013

Roast Lamb, Lamb Chop, Chicken Chop dan Fish & Chip

Kami menyediakan perkhidmatan BBQ Kambing Golek kepada penduduk negeri Selangor & Wilayah Perseketuan sahaja.

Kambing & biri-biri boleh dipilih dari kandang kami di Linggi, Negeri Sembilan (bagi yang inginkan daging FRESH) atau New Zealand Lamb (daging sejuk beku).

Biri-biri sejuk beku yang digunakan origin New Zealand yg terkenal dgn keenakan & kelembutanya

Majlis keramaian tidak kira company dinner, kenduri arwah, jamuan naik pangkat, semuanya kami sedia khidmat – BBQ Lamb. 
Tuan/puan cuma sediakan tempat sahaja. Pekerja kami yang berdidikasi akan memangang + memotong + menghidang daging-daging tersebut buat santapan tuan/puan.

Hidangan sampingan seperti coleslaw, baked potato, fresh salad, jagung bakar dll boleh disediakan (dengan kos)

Kami juga pembekal daging lamb chop, chicken chop dan Ikan Dowry for Fish & Chips



Promosi dari harga serendah RM6.00 ke RM10.00 sekeping termasuk sos BBQ, Veg dan Fries (lengkap satu pax)

Daging kambing siap diperap dengan rempah ratus untuk BBQ, digoreng dan ikut kesukaan.

Minimum tempahan 10 keping dan harga boleh di runding.

Jangan lepaskan peluang merasai rasanyer yang enak & lazat dengan harga yang berpatutan dan yang penting halal.

Lokasi kami berada di Selangor & Kuala Lumpur

Call Sekarang utk plan event anda:  chefRy 0122588436

Monday, February 4, 2013

Surrah Waqiah dan Terjemahan

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

Surah Al-Waqiah adalah surah yang ke -56 di dalam Al-Quran, terletak pada juzuk ke 27 dan terdiri dari 96 ayat. Dinamakan Al-Waqiah kerana diambil dari lafaz Al-Waqiah yang terdapat pada ayat pertama surah ini, yang ertinya kiamat.
Di dalam surah Al-Waqiah ini menerangkan tentang hari kiamat, balasan yang diterima oleh orang-orang mukmin dan orang-orang kafir. Diterangkan juga penciptaan manusia, tumbuh-tumbuhan dan api, sebagai bukti kekuasaan Allah SWT dan adanya hari berbangkit.

Al-Waqiah Surah Kekayaan

Surah Al-Waqiah memang terkenal dengan beberapa khasiatnya dan kelebihan tersendiri dan hadis mengenainya adalah sahih.
1.  Dengan mewiridkan surah Al-Waqiah sebagai bacaan rutin setiap hari dan malam, maka Allah menjauhkan kefakiran selamanya. Sa’ad Al Mufti mengatakan, bahawa hadis ini sahih.
Rasulullah SAW bersabda:
Man qara’a suratal-Waqi’ati lam yaftaqir abada.
“Sesiapa (membiasakan) membaca surah Al-Waqiah, maka ia tidak akan kefakiran selamanya.”
2.  Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa membaca surah Al-Waqiah setiap hari, ia tidak akan ditimpa kefakiran.”
3.  Daripada Ibnu Mas’ud r.a., Rasulullah SAW bersabda:  “Sesiapa membaca surah Al-Waqiah setiap malam, maka dia tidak akan ditimpa kesusahan atau kemiskinan selama-lamanya.” (HR: Al- Baihaqi)
4.  Rasulullah SAW bersabda:  “Ajarkanlah surah Al-Waqiah kepada isteri-isterimu. Kerana sesungguhnya ia adalah surah Kekayaan.” (Hadis riwayat Ibnu Ady)
5. Rasulullah SAW bersabda:  “Sesiapa yang membaca surah Al-Waqiah setiap malammaka dia tidak akan tertimpa kefakiran dan kemiskinan selamanya. Dan surah Al-Waqi’ah adalah surah kekayaan, maka bacalah ia dan ajarkan kepada anak-anakmu semua.” 
Menurut fatwa sebahagian Ulama’ katanya: “Sesiapa membaca surah Al-Waqiah pada setiap hari dan malam dalam satu majlis sebanyak 40 kali, selama 40 hari pula, maka Allah akan memudahkan rezekinya dengan tanpa kesukaran dan mengalir terus dari pelbagai penjuru serta berkah pula.”

Khasiat Surah Al-Waqiah

Di dalam surah Al-Waqiah terkandung beberapa fadhilat dan khasiat, antara lain:
1.  Mereka yang membacanya sebagai wirid, Insya’Allah akan beroleh kesenanganselama-lamanya.
2.  Bila orang membiasakan membaca surah ini setiap malam satu kali, maka diadijauhkan dari kemiskinan selamanya.
3.  Mereka yang membacanya sebanyak 14 X setiap lepas Solat Asar, Insya’Allah akan dikurniakan dengan kekayaan dan rezeki yang berlimpah ruah.
4.  Jika dibaca surah ini sebanyak 41 X dalam satu majlis, Insya’Allah ditunaikan segala hajatnya khususnya yang berkaitan dengan rezeki.
5.  Menjadi orang kaya yang sentiasa bersyukur, amalkan membaca surah ini sebanyak 3 X selepas Solat Subuh dan 3 X selepas Solat Isyak. Insya’Allah tidak akan berlalu masa setahun itu melainkan ia akan dijadikan seorang yang hartawan lagi dermawan.
6.  Amalan orang-orang sufi, supaya dilimpahkan rezeki; Insya’Allah berhasil:
  • Hendaklah berpuasa selama seminggu bermula pada hari Jumaat.
  • Selepas tiap solat fardhu bacalah Surah Al-Waqiah sebanyak 25 kali sehinggalah sampai pada malam Jumaat berikutnya.
  • Pada malam Jumaat berikutnya, selepas solat Maghrib bacalah Surah Al-Waqiah sebanyak 25 kali dan selepas solat Isyak sebanyak 125 kali.
  • Diikuti dengan selawat ke atas Nabi sebanyak 1000 kali.
  • Setelah selesai, hendaklah ia memperbanyakkan sedekah.
  • Kemudian amalkanlah Surah Al-Waqiah ini sekali pada waktu pagi dan petang.
7.  Selepas solat Isyak, ambillah segelas air lalu bacalah Surah Al-Fatihah sekali, Ayatul Qursi sekali dan Surah Al-Waqi’ah, ayat 35-38 sebanyak 7 X. Tiup dalam air danminum. Dalam hati, niat untuk menjaga kecantikan diri dan kebahagiaan rumahtangga kita.
Makna Surah Al-Waqi’ah Ayat 35-38 ialah : “Sesungguhnya, Kami telah menciptakan isteri-isteri mereka dengan ciptaan istimewa. Serta Kami jadikan mereka sentiasa dara (yang tidak pernah disentuh), yang tetap mencintai jodohnya serta yang sebaya dengan umurnya.”
8.  Surah Al-Waqiah ini jika dibaca di sisi mayat atau orang yang sedang nazak, Insya’Allah di permudahkan untuk roh keluar dari jasadnya. Jika dibaca disisi orang sakit,diringankan kesakitannya. Jika di tulis, kemudian dipakaikan kepada orang yang hendak bersalin, Insya’Allah segera melahirkan dengan mudah. Boleh juga dibaca di sisi orang yang hendak bersalin sebagai selusuh.

Petua Kaya Syeikh Abi’l Abbas

Menurut As’Syeikh Abi’l Abbas katanya;  Dengan mengamalkan seperti berikut, Insya’Allah, ia akan menjadi orang kaya.
1.  Bila hendak mengamalkan surah Al- Waqiah ini, terlebih dahulu berpuasa selama 7 hari, di mulai pada hari Jumaat berakhir pada hari Khamis. Buka puasanya hanya makan sayur-sayuran / tumbuhan sahaja (tidak memakan sesuatu yang bernyawa seperti tidak makan ikan, daging, segala haiwan).
2.  Dalam 7 hari itu, sesudah solat fardhu, membaca surah Al-Waqiah sebanyak 25 X. Apabila bacaan tersebut di mulai setelah solat fardhu Subuh pada hari Jumaat pertama, maka diakhirilah pembacaan Al-Waqi’ah itu pada setelah fardhu Isyak pada Jumaat berikutnya.
3.  Pada malam Jumaat terakhir ini hendaklah membaca surah Al-Waqiah sebanyak 125 X, kemudian berselawat 1000 X.
Insya’Allah, dengan mengamalkan surah Al-Waqiah seperti yang diberitahu dalam hadis-hadis Nabi SAW, kita akan memperolehi rezki yang banyak, supaya kita dapat menolong dan membantu orang lain yang memerlukan bantuan dan memperbanyakkan lagi amal jariah kita supaya dapat dibawa ke sana nanti.
Bacalah surah Al-Waqiah ini dengan hati yang ikhlas memohon rezki dariNya. Jangan berniat untuk kaya di dunia yang sementara. Dalam niat kita dengan rezeki yang banyak kita dapat beribadat kepadaNya dan membuat amal jariah. Barulah Allah SWT memperkenankan doa-doa kita.

Sunday, February 3, 2013

Surah alMulk dan Terjemahan

Bacaan Sheikh Mishary bin Rashid Alafasy dari Kuwait.

Cara-cara mudah untuk menghafal Surah Al-Mulk atau surah2 lain
1) Elakkan melakukan dosa seperti melihat aurat kerana setiap dosa mengurangkan daya ingatan.
2) Baca surah pada pagi hari seperti selepas Subuh kerana daya ingatan adalah pada tahap tertinggi.
3) Pilihlah seorang Qari seperti Sheikh Mishary yang membaca surah tersebut dan mainkan bacaannya dalam bentuk audio (MP3) atau video (MP4) berulang2 dalam kereta, sebelum tidur dan sebagainya. Bagaimanapun kita hendaklah menghormati bacaan ayat2 Al-Quran dan tidak bercakap2 ketika bacaan tersebut. InsyaAllah dengan kaedah ini surah2 tersebut akan dapat dihafal. 


SURAH Al Mulk (bererti Kuasa Pemerintahan) merupakan Surah yang ke-67 di dalam Al Quran, mengandungi 30 ayat. Di antara isi kandungannya ditegaskan tentang kekuasaan mutlak Allah s.w.t. iaitu menguasai pemerintahan dunia dan akhirat. Seluruh alam telah diciptakan-Nya begitu rapi tanpa sebarang cacat celanya. Di akhirat kelak, mereka yang kufur ingkar akan mendapat balasan azab yang amat buruk dan menggerunkan. Mereka yang mentaati Allah akan mendapat keampunan dan balasan yang sebaik-baiknya.

Terdapat banyak hadis Rasulullah s.a.w. yang menyatakan tentang fadhilat, faedah dan hikmah bagi mereka yang mengamalkan membaca surah Al-Mulk ini. Di antaranya diriwayatkan oleh Abu Daud, At Tarmizi, An Nasa'i dan Ibnu Majah dari Abu Hurairah yang bermaksud:

"Sesungguhnya di dalam Al Quran terdapat tiga puluh ayat yang kandungannya akan memberi syafaat kepada orang yang membacanya sehingga ia akan mendapat keampunan dosanya iaitu Surah Al Mulk."

Daripada Ibnu Abbas r.a., seorang sahabat Rasulullah s.a.w. menceritakan ia telah mendirikan khemah di atas kubur yang beliau tidak ketahui. Dari kuburan itu beliau terdengar suara orang membaca surah Al-Mulk sehingga khatam; beliau lalu menemui baginda dan berkata: "Wahai Rasulullah, saya dirikan khemah di atas sebuah kubur yang saya tidak ketahui, saya mendengar seorang sedang membaca Surah Al Mulk sehingga khatam."

Maka Nabi s.a.w. bersabda: "Itulah yang menahan (Al-Maa'inah) dan yang menyelamatkan (Al-Manjiah) dia dari siksa kubur."

(HR At Tarmizi)

Daripada Jabir r.a., sesungguhnya Rasulullah s.a.w. tidak akan tidur sehingga baginda membaca surah Alif Lam Miim Al Sajdah dan Al Mulk.

(HR At Tarmizi)

Daripada Anas Ibnu Malik berkata, Rasulullah s.a.w. bersabda: "Satu surah di dalam Al Quran menghadiahkan kepada pembacanya sehingga memasukkannya ke dalam syurga iaitu Tabarak-al-llazhi."(Surah Al-Mulk)

(HR At Tabrani)

An-Nasa'i juga meriwayatkan dari Ibnu Mas'ud bahawa Rasullullah s.a.w. bersabda: "Sesiapa yang membaca Surah Al Mulk setiap malam maka Allah mencegahnya daripada azab kubur."

Tentang surah ini ada satu riwayat yang lain menyatakan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: "Hatiku menghendaki supaya surah ini berada didalam setiap hati orang-orang yang beriman."

Mengikut satu hadis, seseorang yang membaca dua surah iaitu Tabarak-al-lazhi dan Alif-Lam-Mim-Sajdah di antara sembahyang Maghrib dan Isya adalah seumpama sesorang yang berdiri sembahyang untuk sepanjang malam Lailatul-Qadar. Adalah diberitakan juga bahawa jika seseorang itu membaca dua surah ini, tujuh puluh kelebihan akan diperolehinya dan tujuh-puluh dosa-dosa akan dihapuskan. Mengikut riwayat yang lain, jika seseorang itu membaca dua surah ini, ganjaran pahalanya adalah menyamai orang yang berdiri sembahyang sepanjang malam 'Lailatul-Qadar'. Ini juga telah disebutkan di dalam Mazahir.

Ta'us rahmatullah 'alaih telah berkata: "Kedua-dua surah ini mendatangkan enam-puluh kelebihan-kelebihannya yang mengatasi daripada segala surah-surah."

Siksaan di dalam kubur bukanlah satu perkara yang biasa. Setelah meninggal dunia, tingkat pertama seseorang itu mesti lalui ialah alam barzakh. Apabila Saidina Uthman r.a. berdiri diatas sebuah kubur, ia akan menangis dengan begitu sekali sehinggalah janggutnya dibasahi air-matanya. Seseorang telah bertanya kepadanya mengapakah menangis begitu rupa jika disebut kubur daripada disebutkan Syurga atau Neraka.

Ia menjawab, "Aku telah mendengar dari Rasulullah s.a.w. bahawa kuburlah tempat persinggahan yang pertama untuk menuju akhirat. Barangsiapa terselamat daripada azabnya , peristiwa-peristiwa selanjutnya akan mudah baginya. Dan sesiapa yang tidak selamat daripada azab di dalamnya, kepadanya peristiwa yang akan datang kelak menjadikan lebih sukar sekali. Dan daku juga mendengar bahawa tidak ada satu gambaran yang lebih menakutkan dan menggerunkan selain daripada apa yang ada didalam kubur."