Wednesday, August 15, 2012

Dilema Makanan Hari ini

Makanan adalah sumber utama kehidupan manusia. Umat ISLAM adalah suatu umat yang telah disyari’atkan oleh ALLAH swt. dengan mewajibkan memakan dari sumber yang HALAALAN THOYYIBA... HALAL lagi baik.
Pencernaan dalam sistem tubuh badan manusia mengikut apa yang dimakan. Jika makanan itu HALAL maka terbitlah budipekerti yang mulia, dan jika sumber atau makanan itu HARAM maka terbitlah perangai-perangai keji yang dicela syarak. Disamping itu, selain daripada makanan peralatan luaran seperti kosmetik, dandanan diri, keperluan harian dan sebagainya juga merupakan barang kegunaan utama umat ISLAM. Adakah diyakini semuanya itu HALAL LAGI BAIK?
PRODUK YANG ANDA GUNA HARI INI!
Perlu anda ingat, kebanyakan kilang pengeluaran produk makanan atau lainnya bukanlah dari pengilang orang ISLAM meskipun mendapat sijil HALAL, namun persoalannya: “BERMULANYA KESUCIAN ITU ADALAH DARI TANGAN-TANGAN Orang Yang Mempunyai Kalimah Laailaaha illallah… Muhammadur Rasulullah…Iaitu pastinya Orang MUSLIM…. Yang dimakan itu bukan sahaja makanan dari tangannya tetapi juga RUH ISLAMnya itu yang diperlukan.
FAHAM ORANG BUKAN ISLAM
Orang bukan ISLAM sudah pasti tidak akan memahami apa itu erti “SUCI”? Pada mereka memadai dengan tidak memasuki babi atau arak dalam makanan itu sudah cukup untuk dinilai “SUCI”. Walhal sebelum datang ke kilang baru sebentar tadi mereka membelai-belai anjing kesayangan mereka atau makan khinzir; dan dengan tangan itu jugalah yang menguli tepung untuk dibuat roti atau biskut yang bakal dijual pada umat ISLAM!
PENILAIAN SUCI:
Oleh yang demikian penilaian suci itu tidaklah boleh diambil mudah oleh pengguna ISLAM kerana ia akan memberi kesan pada kehidupan seseorang dari segi agamanya iaitu ketaatannya pada ALLAH dan Rasul-Nya. Sebab itulah hari ini ramai yang menjadi ISLAM di sisi manusia tapi kufur di sisi ALLAH kerana mengabaikan tuntutan syarak.
APAKAH KAITANNYA PRODUK HARAM DENGAN LEMAHNYA ORANG MUSLIM AKHIR-AKHIR INI?
Akibat dari banyak makan makanan yang tidak HALAALAN THOYYIBA menjadikan orang-orang ISLAM cintakan dunia dan kejahatan lebih dari akhirat. Hati menjadi semakin keras, gelap dan sukar dididik. Patuh dan cinta kepada maksiat lebih dari cintakan kebaikan dan akhirat.
Hilang semangat berjuang untuk ISLAM kerana daging yang tumbuh dalam badan banyak terhasil dari makanan yang HARAM atau syubhat.Sanggup dan taat kepada perjuangan musuh-musuh ALLAH kerana mereka mencipta makanan yang boleh mengubah minda dan mentaliti orang-orang ISLAM yang lalai dan ingkar dengan ALLAH dan Rasul-Nya.
TANGGUNGJAWAB ORANG-ORANG ISLAM.
Mempelajari bidang-bidang khusus dalam pemakanan dan pembuatan supaya menjadi pakar dalam menyediakan produk HALAALAN THOYYIBA.
Menjadi usahawan dalam perusahaan produk-produk HALAALAN THOYYIBA.
Mendidik umat ISLAM tentang kesan dan akibatnya dari makan makanan yang tidak HALAALAN THOYYIBA.
Menubuhkan pusat penjualan produk-produk HALAALAN THOYYIBA dan berusaha menjauhi serta zuhud dari produk-produk haram. Mempelajari dan mengetahui tentang bahan-bahan produk haram.
APA TUGAS ANDA?
Untuk memastikan kita dapat TAAT PERINTAH ALLAH SWT. DAN IKUT SUNNAH RASULULLAH SAW. Maka anda hendaklah lebih ZUHUD dalam memilih produk dan memastikan produk itu HALAALAN THOYYIBA. Sokongan anda kepada produk keluaran pengilang ISLAM sangat-sangatlah dialu-alukan sebagai fardhu ‘ain.

Sunday, August 5, 2012

Malas Berdoa Adalah Orang Paling Lemah

السلام علبكم و رحمة الله و بركاته

Saudara yang dirahmati Allah sekelian, Allah  telah memerintahkan hamba-Nya untuk memanjatkan doa kepada-Nya, kerana ianya mengandungi  kemaslahatan besar bagi mereka.Firmanya:
وَقَالَ رَبُّكُمُ ادْعُونِي أَسْتَجِبْ لَكُمْ إِنَّ الَّذِينَ يَسْتَكْبِرُونَ عَنْ عِبَادَتِي سَيَدْخُلُونَ جَهَنَّمَ دَاخِرِينَ
 Dan Rabbmu/Tuhanmu  berfirman, “Berdoalah kepada-Ku, niscaya akan Ku“perkenankan bagimu. Sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari beribadah kepada-Ku akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan hina dina.” (QS. Ghafir/40:60).  “Ini, diantara bukti kelembutan Allah terhadap  para hamba dan nikmat-nikmatnya yang agung, iaitu Allah menyeru mereka untuk melakukan perkara-perkara yang mengandungi kemaslahatan bagi agama dan dunia mereka. Allah  memerintahkan mereka untuk berdoa kepadanya, doa ibadah dan doa permintaan, dan memberikan janji kepada mereka akan mengabulkan permohonan doa-doa  mereka”.

Orang yang sentiasa berdoa kepada Allah memuji dan menyanjungnya sebenarnya ia didalam kebaikan dan ibadah yang besar. Diantara yang menguatkan kebaikan berdoa ialah   Nabi  bersabd
a  :
مَا مِنْ مُسْلِمٍ يَدْعُو بِدَعْوَةٍ لَيْسَ فِيهَا إِثْمٌ وَلَا قَطِيعَةُ رَحِمٍ إِلَّا أَعْطَاهُ اللَّهُ بِهَا إِحْدَى ثَلَاثٍ إِمَّا أَنْ تُعَجَّلَ لَهُ دَعْوَتُهُ وَإِمَّا أَنْ يَدَّخِرَهَا لَهُ فِي الْآخِرَةِ وَإِمَّا أَنْ يَصْرِفَ عَنْهُ مِنْ السُّوءِ مِثْلَهَا
Tidaklah seorang Muslim yang berdoa dengan doa yang tidak mengandung dosa dan tidak untuk memutus tali kekeluargaan, kecuali Allah akan memberinya tiga kemungkinan, (iaitu): doanya akan segera dikabulkan, atau akan ditunda sampai di akhirat, atau ia akan dijauhkan dari keburukan yang semisal.” (HR. Ahmad no. 10709 ).

Imam Ibnul-Mubarak  mengatakan:

الرَّحْمَنْ إِذَاسُئِلَ أَعْطَى وَالرَّحِيْمُ إِذَا لَمْ يُسْأَلْ يَغْضَب                                                                               
-ArRahman- maksudnya Allah bila dimintai akan memberi. Dan Allah itu (Ar-Rahim) bila tidak diminta, Dia akan murka. Oleh yang demikian sungguh rugi orang yang tidak mahu dan bermalas-malasan dalam berdoa pada Allah , padahal Dia Maha Kuasa atas segala sesuatu, Mengatur alam semesta, dan segala perkara ada di dalam kekuasaanya. Sdangkan manusia adalah makhluk/hamba lemah; lemah badan, jiwa dan hati, penuh kekurangan, memiliki permasalahan di dunia, dan harapan selamat di dunia dan akhirat. Dan yang tak boleh dilupakan juga, syaitan selalu mengintai untuk menjerumuskannya ke lembah kenistaan, memalingkannya dari setiap kebaikan dan zikrullah. dari Allah Yang Maha Kuasa lagi Maha Kuat. 
Maka, sangat menghairankan, makhluk dengan keadaan terlalu serba lemah seperti ini yang tidak menyedari keadaannya dan kemudian memohon kekuatan, kemudahan, dan pertolongan  Rasulullah bersabda:   
       أَعْجَزُ النَّاسِ مَنْ عَجَزَ الدُّعَاءِ وَأَبْخَلُهُمْ مَنْ بَخِلَ بِالسَّلاَمِ
Manusia paling lemah adalah orang yang paling malas berdoa (kepada Allah). Dan orang yang paling bakhil adalah orang yang bakhil memberi salam. (HR Abu Ya’la, ath-Thabrani, Ibnu Hibban  ).

Sahabat yang dirahmati Allah sekalian akhirnya kita lihat kata seorang  ulama   Syaikh Bakr Abu Zaid  mengungkapkan rasa keprihatinannya, “Kasihan, kasihan, orang yang malas untuk berdoa. Sungguh orang itu sudah menutup banyak jalan menuju kebaikan dan kurnia dari Allah bagi dirinyanya”. 

والله أعلم بالصواب والله تعالى أعلىو أعلم
 
و إلى اللقاء إن شاء الله تعالى

والسلام علبكم و رحمة الله و بركاته

وَتَعَاوَنُوا عَلَى الْبِرِّ وَالتَّقْوَىٰ ۖ وَلَا تَعَاوَنُوا عَلَى الْإِثْمِ وَالْعُدْوَانِ
(٢ :سورة المائدة)
Dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan bertaqwa, dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa (maksiat) dan permusuhan.(Al-Maidah:2)

كلمتان خفيفتان علي اللسان ثقيلتان في الميزان حبيبتان إلي الرحمن سبحان الله وبحمده سبحان الله العظيم
2 kalimah yang ringan di lidah,berat di atas neraca timbangan
dan disukai oleh Allah Tuhan Yang Maha Pengasih ialah:سبحان الله وبحمده سبحان الله العظيم
SUBHANALLAH WABIH
AMDIHI,SUBHANALLAHIL AZEEM
Maha suci Allah dan Segala  Puji Baginya , Mahasuci Allah Yang Maha Agung
(Hadith Riwayat Bukhari & Muslim)