Berikut adalah
beberapa maklum balas dari JAKIM tentang status halal-haram restoran dan
makanan :-
1. Restoran
berikut telah mendapat pengesahan halal JAKIM:
-McDonald
-A&W
-Secret Recipe
2. Restoran
berikut telah ditarik sijil pengesahan halal JAKIM kerana gagal mematuhi syarat
dan piawaian halal:
-Victoria
Station
-Kam Lun Ta
-Lotus Family
Restoran
3. Restoran
berikut tidak pernah mendapat pengesahan halal JAKIM:
- San
Francisco Steakhouse
- Chicken Rice
Shop
- Kiwi Express
4. Bagi
minuman ringan keluaran syarikat F&N seperti Coke dan 100 plus telah
mendapat pengesahan halal JAKIM.
5. Bagi kuih
bulan dan kuih bakul yang telah mendapat pengesahan halal JAKIM adalah halal
sebagai contoh yang dikeluarkan oleh syarikat KG Pastry atau Noraini’s Cookies
dan lain-lain yang ada menggunakan logo halal JAKIM.
Walau
bagaimanapun, kuih bulan dari Kam Lun Tai kerana telah ditarik balik pengesahan
halalnya disebabkan berlaku perlanggaran syarat dan peraturan halal yang
ditetapkan.
6. Ayam segar
yang dibungkuskan atas nama Farmbest adalah dikeluarkan oleh Syarikat Sin Mah
Sdn Bhd, syarikat ini telah mendapat pengesahan halal JAKIM.
7. Tentang
mewarnakan rambut dari segi hukum syarak terbagi kepada 5:
i. Harus
mewarnakan rambut dengan warna selain hitam. (Warna hitam hanya harus bagi yang
berpenyakit sahaja)
ii. Makruh
mewarnakan rambut bagi orang muda.
iii. Haram
mewarnakan rambut bagi orang yang terlalu tua.
iv. Haram
mewarnakan rambut tanpa tujuan (yang dibenarkan syara').
v. Harus
mewarnakan rambut dengan izin suami.
Dari segi
bahan pewarna rambut yang ada di pasaran terbahagi kepada 2 jenis, yang mana
kedua-duanya adalah halal dari segi bahan kandungan.
Yang menjadi
persolan adakah pewarna tersebut telap air atau tidak? Pewarna rambut yang di
pasaran biasanya akan tertulis pada kotak PERMANENT DYE atau SEMI PERMANENT DYE
. Mengikut kajian jenis yang Semi-Permanent Dye adalah jenis yang tidak telap
air dan ianya tidak boleh dipakai oleh orang Islam. Begitu juga sebaliknya.
**JAKIM
sendiri tidak pernah mengeluarkan sijil halal untuk produk pewarna rambut
kerana ia dikilangkan di luar negara. Untuk pengetahuan, JAKIM hanya akan
keluarkan sijil halal untuk produk yang diproses di Malaysia sahaja.
8. Sehingga
kini pengeluar makanan supplement dan produk makanan kesihatan yang telah
berdaftar dengan JAKIM adalah syarikat Upha. Kebanyakan makanan supplement dari
syarikat Upha telah mendapat pengesahan halal JAKIM dan telah dipastikan soft
gel untuk kapsul yang digunakan adalah halal.
Produk jenama
Blackmores, Solaray, Seven Seas, dan 21 Century tidak pernah mendapat
pengesahan halal JAKIM, kerana itu tidak dapat dipastikan kapsul yang digunakan
itu walau pun didakwa bersumberkan lembu tetapi tidak diketahui sama ada lembu
itu disembelih atau tidak. Produk yang tidak mendapat pengesahan halal ini
adalah kerana itu adalah produk import, maka pengedar dan pengeluar
bertanggungjawab mendapatkan pengesahan halal dari badan Islam di negara asal
produk tersebut diimport.
9. Restoran
Dome dan seluruh rangkaiannya tidak pernah mendapat pengesahan halal JAKIM,
maka kerana itu tidak dapat dipastikan status kehalalan makanan dan minuman
yang disediakan di restoran ini.
10. Soalan:
Saya ingin tahu samada semua stall di food court Suria KLCC halal kerana tiada
papan tanda yang membezakan gerai yang halal dengan yang tidak halal. Saya juga
ingin tahu samada semua restoran di Suria KLCC menghidangkan makanan yang
halal(walaupun ada yang menjual arak ): Madam Kwan’s, Spring Garden, Rain Nudle
House, Bukhara, Chillis, California PIzza, Kelantan Delights, Chakri’s Palace,
Rotiboy Bakeshoppe, Auntie Anne’s Pretzels, Cinnabon, Al-Marjan , Bong Sen
(Vietnamese) , Chinoz On the Park, Dome CafĂ©, Genki Sushi, Gloria Jean’s
Coffees, House of Sudanese Food, San Francisco Steak House/Santini.
Jawapan:
Gerai-gerai makan di Medan Selera di KLCC tidak ada yang mendapat pengesahan
halal JAKIM termasuklah juga semua restoran yang disenaraikan itu.
11. Baker’s
Cottage telah mendapat pengesahan halal dari JAIS ( Jabatan Agama Islam
Selangor ).
12. La Boheme
tidak dapat dipastikan status halal kerana tidak pernah mendapat pengesahan
halal JAKIM.
13. King’s
Confectionery telah mendapat pengesahan halal JAKIM.
14. Status
makanan yang disediakan di Giant dan Tesco ada sebahagiannya yang telah
mendapat pengesahan halal JAKIM,
15. Manakala
Status makanan yang disediakan di Jusco hendaklah merujuk kepada logo halal
yang digunakan pada pembungkusan produk kerana Jusco tidak pernah mendapat
pengesahan halal JAKIM secara khusus.
16. Kedai
Bread Talk & Bread Story tidak pernah mendapat pengesahan halal JAKIM.
17. Sehingga
kini JAKIM tidak pernah memberi pengesahan halal ke atas Restoran Burger King.
Maka dengan itu tidak dapat dipastikan status kehalalan produk yang dijual.
18. Pernyataan
mencampurkan minyak **** untuk pembuatan sausage ayam, fish ball dan lain-lain
adalah tidak benar bagi produk terbabit yang telah mendapat pengesahan halal
JAKIM.
Bagi produk
Ramli Burger dan Ayamas, memang telah mendapat pengesahan halal JAKIM dan
kedua-dua syarikat ini sentiasa mematuhi peraturan halal JAKIM.
19. Coffee Bean
telah mendapat pengesahan halal JAKIM dan telah dipastikan semua bahan yang
digunakan adalah halal.
20. Starbuck
tidak pernah memohon pengesahan halal JAKIM. Maka tidak dapat dipastikan
kehalalan bahan atau produk di tempat tersebut.
No comments:
Post a Comment