Friday, December 20, 2013

Pakej Kahwin 2014

Kami menawarkan pelbagai pakej dan perkhidmatan menarik dengan harga yang amat istimewa mengikut bajet anda. Jenis perkhidmatan yang kami sediakan seperti Wedding Planner, Catering, Andaman, Pakaian pengantin, Jurugambar, & banyak lagi. Kami juga mempunyai pengalaman dalam menguruskan sebarang majlis keraian di seluruh malaysia seperti majlis perkahwinan, majlis bertunang, Majlis doa selamat, Rumah terbuka dan sebagainya dan dari minimum 200 orang sehingga ke 2000 orang ataupun lebih dan ia bergantung kepada permintaan pelanggan.

Antara perkhidmatan yang kami sediakan ialah:-
- Wedding Planner
- Baju Pengantin
- Pelamin
- Andaman
 
- Makeup Profesional
- Meja & Kerusi
- Canopy
 

- Catering
- PA Sistem + DJ + Karaoke
- Jurugambar & Video
- Door Gift
- Gubahan Hantaran
- Tempahan / Sewa Bekas Hantaran
- Kek (apa juga majlis)
- Dan sebagainya (perkhidmatan lain boleh dibuat di atas permintaan)

Bagi yang berminat untuk mengambil perkhidmatan kami ataupun boleh terus hubungi/sms/whatsapp kami di 018-2504914 ataupun email ke kgsolok@gmail.com untuk mendapatkan temujanji.

****

Anda menginginkan PERKAHWINAN yang di impikan tetapi memerlukan budget yang rendah.?? di BillaEventPlanner kami sedia membantu anda........

antara perkhidmatan yang disediakan adalah:-

*Catering
*PA system
*Khemah/Kanopi + Scallop
*Photographer
*Pelamin
*Kek Perkahwinan
*Souvenir
*Bunga Telur
*Gubahan Hantaran
*Tempahan baju pengantin/Moden & Traditional 
*Design baju mengikut citarasa anda
*Make up

Kami juga menyediakan perkhidmatan tambahan seperti berikut:-

*Design T-Shirt untuk majlis rewang.
*Tempahan baju mengikut tema bagi pihak pengantin
*Kain disediakan
Tempahan untuk majlis berikut juga disediakan:-
-Cukur Jambul
-Pertunangan
-Hari jadi

Untuk keterangan lanjut boleh menghubungi kami segera:-

Billa: 018-2504914
Eka: 017-3927971

MISI KAMI ADALAH...
Memastikan segala perkhidmatan yang diberi adalah yang terbaik pada kadar harga yang berpatutan dengan bajet anda. Dan pada tahun 2014 ini, kami menyediakan pelbagai pakej yg istimewa dengan harga yang berpatutan dan sentiasa memastikan setiap majlis yang kami lakukan adalah yang terbaik, menarik & mengikut seperti yang diminta oleh pelanggan.

Sunday, July 28, 2013

YOUR ONE-STOP FULL SERVICE HALAL CATERING

YOUR ONE-STOP FULL SERVICE HALAL CATERING 
OF HOME CATERING, BUFFET CATERING AND BBQ CATERING
for wedding, kenduri, dinner, lunch
party, office, special event, hawker style and etc
Our specialty is traditional Malay food, Arab & Western home cooked using the finest and freshest ingredients possible. Prepared by Muslims, they are guaranteed Halal. All dishes are prepared in a hygienic environment. All the great foundation for extra tasty food! 
We provide food and beverages for breakfast, coffee break, lunch, dinner and high tea. Served as set meals, buffet, BBQ and hawkers style at the comfort of your home or office, both indoor and outdoor. We provide dining sets, cutlery, chafing dish, table cloth, skirting and decoration. We can also provide waiter services if required, to ensure your events run smoothly. Our dishes are guaranteed for their freshness and taste as they reach your doorstep, all areas in Klang Valley, Selangor and nearby states.
Turn your special day into an extra special one with our unforgettable meal. Enjoy your home cooked meal ordered from!







Get Your Halal Kambing Panggang, Halal Roast Lamb, Halal Kambing Golek, Halal BBQ Lamb,
Halal Kambing Guling in Malaysia

Wednesday, June 26, 2013

Aqiqah, BBQ dan Kambing Golek

Price: RM 900

hubungi saya chefRy 019-2518261
tempahan untuk :

Aqiqah | Kenduri Kahwin | Doa Selamat | Rumah Terbuka | Korporat | Persendirian

SET STANDARD - RM900 & SET AQIQAH - RM1350
1 ekor kambing
2 jenis Sos – Black Pepper & Mint
1 Green Garden Salad & Salad Dressing
1 set Garlic Bread
1 Chef with fully uniform will cook & serve




Salam Pengenalan dan Tahniah……….Assalamualaikum
• Adakah anda masih mencari-cari menu istimewa untuk majlis anda?
• Ingin kelainan dalam menu yang di sajikan?
• Pernah rasa dan dengar mengenai kambing bakar koboi?

warongKoboi merupakan syarikat yang berasaskan ternakan dan katering masakan
yang telah bertapak di Selangor lebih dari sepuluh tahun. Dari masa ke semasa
kami sentiasa mencari dan memberikan produk dan masakan yang terbaik kepada
rakyat Malaysia. Sejak lima tahun ini kami telah memasarkan satu masakan
berbaru yang di berasaskan Kambing yang di panggil Kambing Bakar Koboi.
Berbeza dengan yang lain, kami menternak sendiri kambing-kambing ini dengan
menjamunya dengan rumput napiah segar serta soya yang berprotien tinggi..untuk
menghasilkan daging yang berkualiti..
• Jika anda takut makan kambing disebabkan baunya… Jangan risau lagi…
Kami telah berjaya mengatasinya dengan perapan rempah ratus yang sempurna yang
menghasilkan aroma yang mengiurkan bila di panggang di atas api..dan dihidang
panas2, Kambing bakar ini di sajikan dengan tiga rangkaian sos yang terpilih
yang di masak sendiri oleh chef kita yang telah berpengalaman lebih 15 tahun
dalam bidang masakan. Kambing bakar ini di sajikan dengan Sos BBQ, Sos
Black Pepper dan Sos fresh Pudina, pilihan menu sampingan juga jangan di lupakan seperti
Coleslaw, Mushroom Sup dan Garlic Bread, Mash Potato dan pelbagai lagi mengikut
selera kita.   Emm…………… pasti tetamu yang datang akan teringat majlis kita sampai
bila-bila..
Percayalah dengan perkhidmatan dan sajian kami,  kami berjanji akan memberi
layanan yang terbaik, kerana kita mempunyai pekerja yang berpengalaman.   Jika
anda berani dan berminat boleh terus menghubungi kami.   Kami sedia
berkhidmat… dengan harga yang Terbaik!!!
Koboi Roast Lamb, Best in Town…………PEERRRRRGHHH, cuba La
Hubungi :  chefRy  012-2588436 / 019-2518261

 PRICE :  RM 11


BBQ Lamb Chop - BBQ Kambing Panggang 
* Siap diperap & Daging Beku * 
* Kepuasan dijamin *

Mencari makanan yang lazat untuk memeriahkan jamuan dan majlis
istemewa ?  Pasti menyelerakan !  Kepakaran kami di KOBOI BBQ
adalah BBQ Lamb / BBQ Kambing Panggang. Cubalah resepi istimewa kami 
iaitu “ Spicy BBQ Daging Kambing ” yang diperap dengan ramuan rahsia.
Enak, Lazat dan boleh dimakan begitu sahaja TANPA sos mint.
Rasa sekali pasti nak lagi. 



01. Setiap keping BBQ Daging Kambing kami dibungkus dengan beg plastik zipper untuk mengawal sebarang kebocoran.
02. Daging Kambing NZ yang segar.
03. Boleh tahan disimpan di dalam peti sejuk sehingga 1 bulan.
04. Tiada bahan pengawet.
05. Untuk kualiti terbaik, makan dalam 2 minggu.
06. Jangan menanggalkan pembungkusan apabila nyahfros lamb.
07. Daging akan nyahfros dalam kurang daripada 15 minit.
08. Masak sebaik sahaja selepas nyahfros.
09. Untuk rasa yang lebih enak, gunakan GRIL BBQ ARANG.
10. Tempahan perlu dilakukan 5 hari lebih awal.

Harga : RM 7.00 sekeping
Kuantiti Minimum : 30 keping 
( KL / Selangor sahaja )

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi kami,
chefRy  12-2588436
E-mail : kgsolok@gmail.com

Thursday, March 21, 2013

PERINGATAN.......!!!


Assalamualaikum,

Realiti kehidupan sebagai umat Islam yang kena kita terima...   Musuh2 Islam akan cuba sedaya upaya untuk menyesatkan kita baik dengan cara halus atau kasar. Sehalus2 cara adalah menghimpunkan sebanyak mungkin bahan haram didalam tubuh kita tanpa kita sedari. Ini adalah sebahgian dari perancangan jahat negara2 penyembah syaitan yang sedang menguasai dunia sekarang.

Hakikatnya JAKIM adalah sebuah badan kechil sahaja dalam perkara yang teramat besar dalam Islam iaitu halal/haram...   Kita kena juga terima hakikat yang JAKIM juga tidak dapat memantau kesemua produk yg berlogo dari aspek formulasi dan penyediaanya selagi tiada aduan. Kekurangan kakitangan juga adalah punca ini berlaku. Mana mungkin dengan hanya beberapa pegawai sahaja dapat memantau kesemua produk2, restoran, bahan makanan dll yang telah disahkan???  Kita bercerita tentang ratusan ribu produk2 dsb....

Sebaik2nya kita terima hakikat ini dan mula berhati2 dengan apa yang dibeli, dimakan atau digunakan. Sekiranya ada berita2 atau panduan2 yg sahih tentang halal / haram yang datangnya dari saudara seIslam, seharusnya diambil perhatian.  Saling ingat mengingatkan sesama Islam adalah dituntut..

Semoga kita mendapat kebaikan didunia dan diakhirat

Pedas tetapi Ikhlas

Wednesday, March 20, 2013

Sebab2 Tidak Dikabulkan Doa



Setiap kita tentunya biasa berdoa kepada Allah. Kita memohon kepada-Nya agar hajat dan keinginan kita Ia kabulkan. Ketika kita benar-benar perlu, tidak jarang kita berdoa sambil mengiba kepada Allah. Namun barangkali tidak jarang kita merasa doa kita tidak dikabulkan, atau setidak-tidaknya tidak segera dikabulkan.
Ketika seseorang merasa doanya tidak kunjung dikabulkan, tidak jarang sejak saat itu ia pun tidak lagi berdoa dan tidak punya harapan bahwa doanya akan dikabulkan oleh Allah. Padahal sikap seperti ini dilarang oleh Rasulullah shallallahu alaihi wasallam. Beliau bersabda, “Doa salah seorang dari kalian akan dikabulkan selagi ia tidak buru-buru. (Yakni jika) ia berkata, ‘Aku telah berdoa kepada Tuhanku, tapi doaku tidak dikabulkan’.” (HR Al-Bukhari, Muslim, Abu Dawud, At-Tirmidzi, Ibnu Majah, dan Ahmad). Dalam lafazh Muslim disebutkan: “Ditanyakan, ‘Wahai Rasulullah, apa yang dimaksud dengan minta agar doa segera dikabulkan?’ Rasulullah shallallahu alaihi wa sallam bersabda, ’(Yakni) hamba itu berkata, ‘Aku berdoa dan berdoa, tapi doaku tidak dikabulkan’.” (HR Muslim)
Kita semestinya menyadari bahwa ada banyak sebab mengapa sebuah doa tidak segera dikabulkan oleh Allah. Kita juga hendaknya paham bahwa hikmah besar pasti selalu ada di balik tidak dikabulkannya doa dalam waktu cepat. Di antara sebab dan hikmah itu adalah sebagai berikut.
Pertama, bisa jadi penyebab tertundanya pengabulan doa kita adalah karena kita belum memenuhi syarat-syarat diterimanya doa. Misalnya, kita tidak menghadirkan hati, tidak khusuk dan tidak merendahkan diri saat berdoa, kita berdoa bukan pada waktu dimana doa akan mudah dikabulkan, atau kita belum memenuhi syarat-syarat doa penting lainnya.
Kedua, terkadang doa tidak terkabul dikarenakan sebab tertentu seperti karena dosa yang kita belum bertaubat darinya, karena dosa di mana kita tidak bertaubat dengan jujur darinya, karena makanan kita mengandung syubhat, atau karena ada hak milik orang lain pada diri kita dan kita belum mengembalikannya. Karena itu, kita hendaknya bertaubat dengan taubatan nashuhah, dengan melengkapi syarat-syaratnya dan mengembalikan hak orang lain kepada pemiliknya terlebih dahulu hak orang lain tersebut masih ada pada diri kita. Inilah sebab terpenting tidak dikabulkannya doa. Disebutkan dalam hadits bahwa Rasulullah shallallahu alaihi wa sallam bersabda,“Hai Sa’ad (bin Abu Waqqash), makanlah makanan yang baik-baik, niscaya engkau menjadi orang yang doanya dikabulkan.” Juga disebutkan dalam sebuah hadits shahih bahwasanya Rasulullah mengisahkan seseorang yang rambutnya acak-acakan dan berdebu lalu menengadahkan tangannya ke langit untuk berdoa, ‘Ya Allah, ya Allah.’ Padahal, makanannya haram, minumannya haram, pakaiannya haram dan keluarganya diberi makan dari sumber yang haram. Bagaimana doanya akan dikabulkan?” (HR Muslim, At-Tirmidzi, dan Ahmad). Oleh karena itu, kita harus berusaha membersihkan diri dari segala kotoran dosa yang bisa menjadi menghalangi ‘jalan-jalan’ terkabulnya doa.
Ketiga, bisa jadi Allah tidak mengabulkan doa kita karena Ia sengaja hendak menyimpan pahala doa kita tersebut untuk Ia berikan kepada kita di akhirat kelak atau karena Ia hendak menghilangkan keburukan dari kita. Diriwayatkan dari Ubadah bin Ash-Shamit radhiyallahu anhu bahwa Rasulullah shallallahu alaihi wasallam bersabda,“Jika di atas bumi ada seorang muslim berdoa kepada Allah dengan satu doa, maka Ia akan mengabulkan doa itu atau menghilangkan keburukan darinya, selagi ia tidak mengerjakan dosa atau memutus hubungan kekerabatan.” Seseorang berkata, “Bagaimana kalau kita memperbanyak doa?” Rasulullah shallallahu alaihi wasallam bersabda, “Allah akan lebih banyak lagi mengabulkan doanya atau menghilangkan keburukan darinya.” (HR At-Tirmidzi, Ahmad, dan Al-Hakim). Dalam riwayat Al-Hakim ada tambahan: “Atau Allah akan menyimpan pahala seperti doanya itu untuknya.” (HR Al-Hakim). Bisa jadi, ini lebih baik bagi kita, sebab dengan disimpannya pahala doa kita di akhirat dan baru diberikan kepada kita saat itu, maka hal itu akan mengangkat derajat dan martabat kita di akhirat. Saat itu, kita akan berbahagia dan bahkan berharap sekiranya seluruh pahala doa kita disimpan dan baru dibagikan di akhirat.
Keempat, penundaan terkabulnya doa merupakan salah satu bentuk ujian dari Allah kepada seseorang. Allah ingin menguji iman orang itu. Ketika doa tidak segera dikabulkan, syetan membisikkan pikiran jahat kepada seseorang, dengan berkata kepadanya, “Apa yang kita minta itu ada pada Allah. Tetapi mengapa doa kita tidak segera dikabulkan?” Begitu pula, syetan akan menyusupkan bisikan-bisikan jahat lainnya. Setiap muslim harus melawan bisikan-bisikan jahat seperti itu dan mengusirnya dari dirinya, dengan segala sarana. Ia harus sadar bahwa bisa jadi Allah tidak segera mengabulkan doanya karena Allah hendak menguji imannya. Ketika doa tidak segera dikabulkan, maka iman seseorang teruji dan terlihatlah perbedaan antara orang beriman sejati dengan orang beriman gadungan. Sikap seorang mukmin tidak akan berubah terhadap Tuhannya hanya karena doanya tidak segera dikabulkan dan malah ia semakin rajin beribadah kepada-Nya.
Kelima, tidak segera dikabulkannya doa semestinya membuat seorang muslim tahu dan menyadari sebuah hakikat penting. Yaitu bahwa ia adalah hamba Allah, sementara Allah iadalah pemilik segala-galanya. Pemilik berhak berbuat apa saja terhadap miliknya, baik memberi ataupun tidak memberi. Jika Allah mau memberi, maka itu salah satu bentuk keadilan-Nya dan Ia pasti punya alasan yang kuat untuk itu. Sedangkan jika Ia tidak memberi, itupun salah satu bentuk keadilan-Nya dan Ia juga pasti punya alasan yang kuat untuk itu. Ada baiknya kita merenungkan sabda Rasulullah shallallahu alaihi wasallam setelah Perdamaian Hudaibiyah yang sepintas lalu merugikan Rasulullah dan kaum muslimin. Ketika itu beliau bersabda,”Aku Rasulullah dan Allah tidak akan pernah akan menelantarkan aku.” (HR Al-Bukhari, Muslim, dan Ahmad).
Keenam, terkadang doa yang tidak segera dikabulkan justru akan membuat kita semakin dekat kepada Allah, terus bersimpuh di hadapan-Nya, selalu merendahkan diri dan berlindung diri kepada-Nya. Sebaliknya, tidak jarang jika permintaan kita dikabulkan, maka kita menjadi lebih sibuk, lalu kita tidak lagi ingat kepada Allah, tidak meminta dan berdoa kepada-Nya, padahal keduanya adalah inti ibadah. Inilah realitas sebagian besar kita. Buktinya, jika tidak ada cobaan maka kita tidak berlindung kepada Allah.
Ketujuh, bisa jadi terkabulnya doa kita justru akan menjadikan kita berbuat dosa, akan berdampak buruk pada agama kita, atau akan menjadi fitnah bagi kita. Atau bisa juga apa yang kita minta itu sepintas lalu baik bagi kita padahal sebenarnya tidak baik bagi kita. Yang demikian ini terutama bagi seseorang yang mengajukan permintaan tertentu yang sangat spesifik kepada Allah dan tidak berdoa dengan doa-doa yang telah dituntunkan dalam Al-Qur’an atau yang diriwayatkan dari Rasulullah shallallahu alaihi wasallam. Karena itu hendaknya kita memperhatikan doa-doa yang ada dalam Al-Qur’an dan Sunnah Rasulullah.
Kedelapan, setiap doa punya ketentuan dan takaran. Adalah tidak masuk akal, hari ini seseorang yang amat miskin dan tidak melakukan usaha yang signifikan berdoa agar ia menjadi milyarder kaya raya pada esok paginya. Doa memiliki takaran, syarat, sebab, prolog, kerja keras, dan bahkan pengorbanan yang besar.
Kita harus ingat bahwa ketika Nabi Ya’qub ‘alaihissalam kehilangan anak kesayangannya, Nabi Yusuf ‘alaihissalam, beliau tidak henti-hentinya berdoa dan berdoa. Tapi pengabulan doa beliau tertunda hingga waktu yang lama, hingga ada yang mengatakan, “Nabi Ya’qub berdoa selama empat puluh tahun.” Penderitaan dan cobaan yang dialami Nabi Ya’qub ‘alaihissalam semakin meningkat. Anaknya yang lain, Bunyamin, juga hilang, sampai-sampai kedua matanya buta karena kesedihan yang mendalam. Kendati demikian, beliau tetap optimis bahwa semua penderitaan tersebut suatu saat akan berakhir. Ketika itulah, beliau berkata,“Mudah-mudahan Allah mendatangkan mereka semua kepadaku, sesungguhnya Dia Maha Mengetahui lagi Mahabijaksana.” (Yusuf: 83).
Demikian pula, Nabi Musa ‘alaihissalam pernah berdoa kepada Allah “Ya Tuhan kami, sesungguhnya Engkau memberi kepada Fir’aun dan pemuka-pemuka kaumnya perhiasan dan harta kekayaan pada kehidupan dunia. Ya Tuhan kami, akibatnya mereka menyesatkan (manusia) dari jalan-Mu. Ya Tuhan kami, binasakan harta benda mereka, dan kuncilah mati hati mereka, karena mereka tidak beriman hingga mereka melihat siksaan yang pedih.” (Yunus: 88). Namun konon Allah baru mengabulkan doa beliau tersebut, sebagaimana yang dinyatakan oleh Allah “Sesungguhnya permohonan kalian berdua dikabulkan” (Yunus: 89), setelah empat puluh tahun lamanya! Padahal yang berdoa adalah Nabi Musa ‘alaihissalam, salah seorang dari rasul-rasul Ulul ‘Azmi, sedangkan yang mengamininya adalah Nabi Harun ‘alaihissalam, seorang nabi yang mulia. Keduanya telah memenuhi semua syarat dan etika berdoa. Sementara pihak yang didoakan celaka ialah Fir’aun dan konco-konconya, yang sudah jelas manusia paling dzalim, fasik, dan kafir saat itu. Meski begitu, doa Nabi Musa tidak segera dikabulkan Allah, sebab doa tersebut adalah doa yang tidak sembarang doa. Diperlukan kerja keras dan pengorbanan untuk mewujudkannya. Itulah yang dimaksud dengan takaran doa. Dan ini harus benar-benar kita pahami.
Itulah beberapa hal yang menjadi penyebab sebuah doa tidak terkabul, berikut hikmah yang ada dibaliknya. Dengan mengetahui penyebab-peyebab dan hikmah-hikmah tersebut, semoga kita menjadi orang-orang yang tidak pernah bosan berdoa, karena doa adalah inti ibadah. Wallahu a’lam bish-shawab. (Menaraislam.com)

Monday, March 18, 2013

SEMAK STATUS HALAL SECARA ONLINE DAN SMS

Assalamualaikum dan salam 1 Dunia, isu makanan HALAL dan HARAM terus mencengkam kehidupan umat Islam. Keadaan ini berlaku kerana Umat Islam Malaysia tak mampu menyediakan kemudahan yang cukup dan bergantung kepada Non-Muslim untuk menyediakan kemudahan seperti makan proses, bahan makanan sehinggalah kedai makan.
Makanan Halal 300x225 Semak status HALAL secara Online dan SMS
Makanan Halal jangan diremehkan - Sumber Dakwah.info
Pengusaha Muslim bukan tak ada tetapi agak lambat bergerak mengikut peredaran masa lihat sahaja kedai makan orang Melayu ada yang tak berubah sejak berpuluh tahun sedangkan kedai makan MAMAK dah lama upgrade ala Bistro manakala kedai kopi CINA dah naik taraf jadi KOPITIAM. Kita umat Islam hanya pandai marah JAKIM atau marah pengusaha Kopitiam apabila dapat tahu Kopitiam tertentu tak ada sijil HALAL JAKIM. Kan KOPITIAM tu untuk orang Cina jadi kalau ada yang minta sijilHALAL JAKIM tu kira bonuslah untuk orang Islam.
Kita mesti rajin memeriksa status HALAL dan HARAM dengan berbagai kemudahan semakan ONLINE dan SMS yang ada dan jangan harap KERAJAAN nak suap depan mata sahaja.
halal Semak status HALAL secara Online dan SMS
Semakan status HALAL online.
1. Semak status HALAL @ HALAL JAKIM
2. Senarai syarikat yang mendapat Sijil Halal Jakim TERBARU @ HALAL JAKIM
3. Senarai HOTEL yang ada Sijil Halal @ HALAL JAKIM
4. Aduan Halal @ HALAL JAKIM
Semakan status HALAL SMS
Jika ragu-ragu tentang kehalalan produk sesuatu syarikat, boleh juga cuba semak dengan telefon bimbit anda:
Taip HALAL SEMAK [No. ROC] & SMS ke 15888.
Maklumat lanjut, http://www.mysms.gov.my.
Semuga perkongsian sedikit maklumat oleh membantu umat Islam Malaysia. Dan kita umat Islam ada tanggungjawab FARDU KIFAYAH yang perlu diselesaikan terutama urusan makanan Halal dan Haram ni.
Nota : Sangat digalakkan untuk copy paste, ReTWEET, Like FB dan Share FB untuk sebarkan infomasi MAHA penting ini keseluruh alam

Wednesday, March 6, 2013

Jadikan Tidur Kita Menjadi Ibadah Dan Mendapat Pahala

السلام علبكم و رحمة الله و بركاته
Sahabat yangdirahmati Allah, tidur adalah diantara  perkara yang mesti dilakukan oleh maknusia sebagai sebahagian dari kehidupan seharian. Jika dihitung separuh atau lebih dari usia kehidupan kita adalah tidur.Marilah kita jadikan aktiviti tidur ini sebagai suatu ibadah yang mendapat ganjaran pahala dari Allah.
Firmanya:
وَهُوَ الَّذِي جَعَلَ لَكُمُ اللَّيْلَ لِبَاساً وَالنَّوْمَ سُبَاتاً وَجَعَلَ النَّهَارَ نُشُوراً
Dialah yang menjadikan untukmu malam (sebagai) pakaian, dan tidur untuk istirahat, dan Dia menjadikan siang untuk bangun berusaha.Al Furqan 25

Antara sunnah-sunnah yang diajar oleh Nabi sebelum, ketika dan selepas tidur.

Sebelum dan selepas tidur baca doa tidur. Ramai diantara kita orang memperlekehkan/tidak mengambial berat denagn  doa-doa tersebut tapi hakikatnya harga yang Allah  janjikan adalah syurga. Hadith Nabi
اَلدُّعَاءُ هُوَ الْعِبَادَة “Do’a adalah ibadah.”
Jangan tidur menghadap kaki arah Qiblat. Ini adalah kedudukan tidur orang yang telah mati.

Niat untuk bangun Tahajjud. Sekiranya tidak terjaga, Allah  akan mengira seolah-olah dia bertahajjud sepanjang malam. Tahajjud adalah sebaik-baik pelindung daripada sihir

Ambil wudhu’ sebelum tidur dan senadainya mampu Solat Sunat Taubat 2 rakaat.

Tidur cara Rasulullah saw dengan mengiring badan ke kanan dan tapak tangan di bawah pipi.

Pesan Nabi saw, dilarang tidur meniarap terutama lelaki. Sekiranya tidur dengan kain pelikat, ikat hujung kain supaya tidak menimbulkan fitnah.

Tutup aurat ketika tidur.  Lelaki yang tidur meniarap, di bawahnya Syaitan/ Jin Betina. Tidur bogel atau tidak menutup aurat akan menghindarkan Malaikat Rahmat dan mengundang makhluk lain. Sekiranya bersetubuh suami isteri tanpa membaca doa, Syaitan/Jin akan bersama-sama menjamah isterinya. Kemungkinan besar benih yang masuk bercampur dengan benih-benih Syaitan/Jin. Jadi jangan marah kalau anak-anak ikut perangai bapa-bapa angkat mereka ketika kita bersetubuh dulu.

Imam Bukhari dan Muslim meriwayatkan daripada Aisyah bahawa Nabi telah bersabda : Jika salah seorang di antara kamu berasa mengantuk, hendaklah kamu tidur sehingga hilang rasa mengantuk. Jika seseorang bersembahyang ketika mengantuk berkemungkinan dia membaca istighfar sedangkan sebenarnya dia sedang mencaci dirinya sendiri.

Islam mementingkan tidur dan rehat agar ibadat dan aktiviti seharian dapat dilakukan dengan baik dan seimbang . Malah tidur dapat menentukan kesihatan dan menghasilkan kecergasan dalam diri seseorang . Bukan itu sahaja , tidur bagi seorang muslim juga dikira sebagai satu ibadat sekiranya ia memenuhi adab-adab dalam Islam antaranya : -

1. Berwuduk-Sebaik-baik gosok gigi anda sebelum masuk tidur . Malah biasakan diri untuk mengambil wuduk sebelum tidur kerana menjadi amalan yang sangat dirahmati . InsyaAllah tidur anda akan sentiasa dilindungi daripada gangguan syaitan dan iblis .

2. Perut Tidak Terlalu Kenyang-Pastikan perut anda tidak terlalu kenyang ketika mengambil makan malam. Bukan sahaja tidak elok untuk kesihatan malah boleh menyebabkan perut anda cepat rasa sebu . Perut yang kenyang juga boleh menyebabkan anda cepat berasa mengantuk mahupun menghadapi masalah sukar untuk bangun.

3. Mengingati Kesilapan-Sebaik sahaja anda meletakkan kepala ke bantal , cuba anda ingat semula perkara yang telah anda lakukan sepanjang harian. Sekiranya anda melakukan perkara-perkara yang baik, tingkatkan keazaman untuk terus mengekalkan perbuatan yang baik. Tetapi sekiranya anda banyak melakukan kesilapan dan perbuatan mungkar, berazamlah untuk berubah dan beristighfar memohon keampunan daripada Allah .

4. Membaca Doa dan Surah Tertentu-Ketika ingin melelapkan mata, amalkan membaca doa atau surah-surah tertentu terlebih dahulu. Pastikan kedudukan tidur anda mengiring ke kanan dan seeloknya menghadap ke kiblat.

Rasulullah sering mengamal sebelum tidur membaca surah Al Ikhlas, Al Falaq dan Al-Nas dan kemudiannya dihembuskan bacaan itu di kedua-dua belah tangannya lalu digosok ke seluruh badannya di mana tangannya dapat sampai. Bacaan dan perbuatan baginda ini diulang sebanyak tiga kali berturut-turut.

5. Berazam Untuk Bangun Awal-Anda juga digalakkan untuk membaca surah Al-Kausar sebanyak tiga kali sambil berniat di dalam hati mahu bangun awal. Berazam untuk bangun awal bagi membersihkan diri dan menunaikan solat subuh .

6. Bangun Pagi-Setelah terjaga dari tidur pada waktu paginya , ucapkanlah rasa syukur kepada Allah kerana telah memanjangkan usia lalu berdoa : Segala puji bagi Allah yang telah menghidupkan kami sesudah mematikan kami . KepadaNya kami akan dibangkitkan. Kemudian lakukan sedikit regangan untuk melonggarkan otot-otot badan.

Firman Allah untuk orang yang sedikit tidurnya didunia:
إِنَّ الْمُتَّقِينَ فِي جَنَّاتٍ وَعُيُونٍ
 ١. آخِذِينَ مَا آتَاهُمْ رَبُّهُمْ إِنَّهُمْ كَانُوا قَبْلَ ذَلِكَ مُحْسِنِينَ
 كَانُوا قَلِيلاً مِّنَ اللَّيْلِ مَا يَهْجَعُونَ
وَبِالْأَسْحَارِ هُمْ يَسْتَغْفِرُونَ
Sesungguhnya orang-orang yang bertaqwa itu berada dalam taman-taman (syurga) dan mata air-mata air,
sambil menerima segala pemberian Rabb/tuhan mereka. Sesungguhnya mereka sebelum itu di dunia adalah orang-orang yang berbuat kebaikan.Di dunia mereka sedikit sekali tidur diwaktu malam,Dan selalu memohonkan ampunan diwaktu pagi sebelum fajar-Azd-Zariat 15-18

والله أعلم بالصواب والله تعالى أعلىو أعلم
 
و إلى اللقاء إن شاء الله تعالى

والسلام علبكم و رحمة الله و بركاته
 

وَتَعَاوَنُوا عَلَى الْبِرِّ وَالتَّقْوَىٰ ۖ وَلَا تَعَاوَنُوا عَلَى الْإِثْمِ وَالْعُدْوَانِ
 
(٢ :سورة المائدة)
Dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan bertaqwa, dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa (maksiat) dan permusuhan.(Al-Maidah:2)

كلمتان خفيفتان علي اللسان ثقيلتان في الميزان حبيبتان إلي الرحمن سبحان الله وبحمده سبحان الله العظيم
 
2 kalimah yang ringan di lidah,berat di atas neraca timbangan
dan disukai oleh Allah Tuhan Yang Maha Pengasih ialah:سبحان الله وبحمده سبحان الله العظيم
SUBHANALLAH WABIHAMDIHI,SUBHANALLAHIL AZEEM
Maha suci Allah dan Segala  Puji Baginya , Mahasuci Allah Yang Maha Agung
(Hadith Riwayat Bukhari & Muslim)

Thursday, February 21, 2013

Anjuran Menuntut Ilmu dan Kelebihannya

السلام علبكم و رحمة الله و بركاته
Sahabat yang dirahmati Allah sekelian, diantara hamba-hamba Allah yang paling takut dengan Allah ialah orang yang berilmu-(Ulama) iaitu orang yang mempunyai ilmu yang berkaitan dengan ketaqwaan/pengabdian  kepada Allah .Dimanakah kedudukan kita ? kita jawab dalam hati kecil kita dimana kedudukan kita kerana hati kecil kita tidak pernah menipu kedudukan kita yang sebenar. Oleh itu marilah kita bersama-sama mencari /mempelajari /mendengar /membaca ilmu-ilmu  yang boleh menyebabkan kita lebih mendekati Allah. Allah berfirma:

إِنَّمَا يَخْشَى اللَّهَ مِنْ عِبَادِهِ الْعُلَمَاء 
Sesungguhnya yang takut kepada Allah di antara hamba-hamba-Nya, hanyalah ulama .Fathir 28

يَرْفَعِ اللَّهُ الَّذِينَ آمَنُوا مِنكُمْ وَالَّذِينَ أُوتُوا الْعِلْمَ دَرَجَاتٍ
niscaya Allah akan meninggikan orang-orang yang beriman di antaramu dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan beberapa darjat-Mujadilah11

Sabda Nabi:
1.  Daripada Mu`awiyah bin Abi Sufyan, dia berkata, bahawa Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam telah bersabda:

 مَنْ يُرِدِ اللهُ بِهِ خَيْرًا يُفَقِّهْهُ فِي الدِّيْنِ
“Barangsiapa yang dikehendaki ALLAH pada seseorang itu akan kebaikan, nescaya DIA fahamkan diri seseorang itu dalam hal agama.” (HR Muttafaqun `alaih)

2.  Daripada Abu Hurairah, radhiAllahu `anhu, dia berkata, bahawa Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam telah bersabda:

مَنْ سَلَكَ طَرِيْقًا يَلْتَمِسُ فِيهِ عِلْمًا سَهَّلَ اللهُ لَهُ بِهِ طَرِيقًا اِلَى الْجَنَّةِ
“Barangsiapa menempuh suatu jalan untuk mencari ilmu, nescaya dimudahkan  oleh ALLAH baginya jalan menuju ke Syurga.”(HR Muslim)

3.  Daripada Abu Hurairah, radhiAllahu `anhu, dia berkata, bahawa Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam telah bersabda:

 اِذَا مَاتَ ابْنُ آدَمَ اِنْقَطَعَ عَمَلُهُ اِلاَّ مِنْ ثَلاَثٍ: صَدَقَةٍ جَارِيَةٍ أَوْ عِلْمٍ يُنْتَفَعُ بِهِ أَوْ وَلَدٍ صَالِحٍ يَدْعُو لَه
“Apabila mati anak Adam, terputuslah amalan-amalannya kecuali tiga hal:  sedeqah jariah atau ilmu yang bermanfaat atau anak soleh yang mendo`akannya.” (HR Muslim, Ibnu Majah dan Ibnu Khuzaimah dari sanad yang lain.)

Sahabat yang dirahmati Allah , semoga kita termasuk diantara hamba Allah yang paling bertakwa kepadanya dengan membanyakan mempelajari, mendengar dan memahami ilmu yang mendekankan kita dengan Allah.

والله أعلم بالصواب والله تعالى أعلىو أعلم
 
و إلى اللقاء إن شاء الله تعالى

والسلام علبكم و رحمة الله و بركاته
 

وَتَعَاوَنُوا عَلَى الْبِرِّ وَالتَّقْوَىٰ ۖ وَلَا تَعَاوَنُوا عَلَى الْإِثْمِ وَالْعُدْوَانِ
 
(٢ :سورة المائدة)
Dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan bertaqwa, dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa (maksiat) dan permusuhan.(Al-Maidah:2)

كلمتان خفيفتان علي اللسان ثقيلتان في الميزان حبيبتان إلي الرحمن سبحان الله وبحمده سبحان الله العظيم
 
2 kalimah yang ringan di lidah,berat di atas neraca timbangan
dan disukai oleh Allah Tuhan Yang Maha Pengasih ialah:سبحان الله وبحمده سبحان الله العظيم
SUBHANALLAH WABIHAMDIHI,SUBHANALLAHIL AZEEM
Maha suci Allah dan Segala  Puji Baginya , Mahasuci Allah Yang Maha Agung
(Hadith Riwayat Bukhari & Muslim)

Tuesday, February 12, 2013

Mari Kita Berwakaf...

السلام علبكم و رحمة الله و بركاته
Sahabat yang dirahmati Allah sekelian, mari kita amati sebuah hadis Rasulullah mengenai persoalan Wakaf semoga akan membuka minda kita untuk berwakaf yang mana ianya akan menjadi saham kepada kita walaupun setelah kita tiada dimuka bumi Allah ini.

عَنْ ‏أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِىَ اللهُ تَعَالى عنه ‏أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ ‏ ‏صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ‏ ‏قَالَ : ‏ ‏إِذَا مَاتَ ابْنُ آدَمَ انْقَطَعَ عَنْهُ عَمَلُهُ إِلاَّ مِنْ ثَلاثَةٍ : صَدَقَةٍ جَارِيَةٍ ، اَوْعِلْمِ يُنْتَفَعُ بِهِ ، أَوْ وَلَدٍ صَالِحٍ يَدْعُو لَهُ. ‏ 

“Apabila matinya seseorang anak Adam itu maka terputuslah amalannya kecuali tiga perkara iaitu sedekah jariah(wakaf) , ilmu yang dimanfaatkannya dan anak yang soleh yang sentiasa mendoakan kepada kedua ibubapanya. (Hadis Riwayat Muslim )

Wakaf adalah satu ibadah menyerahkan harta yang kita miliki untuk kegunaan Umat Islam/maknuasia dengan niat sebagai ibadah untuk mendekatkan diri kita kepada Allah . Para Fuqahah (ahli fiqh dan ulama') berpendapat amalan wakaf merupakan ibadah yang berbentuk sedekah jariah yang menjanjikan ganjaran pahala yang berkekalan dan mengalir terus kepada pewakaf buat selama-lamanya dan sangat dituntut dalam agama Islam. Ia merupakan suatu amal soleh yang mana pahalanya akan diberikan secara berterusan oleh Allah  kepada pewakaf selagi mana harta atau ain yang diwakafkan itu kekal dan dimanfaatkan oleh orang ramai. Kedudukan harta wakaf adalah kekal sebagai hak Allah Taala, dengan demikian kedudukan harta waqaf tidak boleh dimiliki, dijual, dihibah ( diberi ) , diwarisi dan dipusakai.

Allah  telah mensyariatkan/menetapkan wakaf, menganjur dan menjadikannya sebagai salah satu cara untuk mendampingkan diri kepadanya dan memberikan pahala yang cukup besar bagi sesiapa yang menginfaqkan/mewakafkan harta mereka ke jalan Allah  sebagaimana firmannya :-

 مَّثَلُ ٱلَّذِينَ يُنفِقُونَ أَمۡوَٲلَهُمۡ فِى سَبِيلِ ٱللَّهِ كَمَثَلِ حَبَّةٍ أَنۢبَتَتۡ سَبۡعَ سَنَابِلَ فِى كُلِّ سُنۢبُلَةٍ مِّاْئَةٍُ حَبَّةٍ۬‌ۗ وَٱللَّهُ يُضَـٰعِفُ لِمَن يَشَآءُ‌ۗ وَٱللَّهُ وَٲسِعٌ عَلِيمٌ
“ Bandingan ( pahala ) orang-orang yang membelanjakan harta mereka pada jalan Allah seumpama sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai dan tiap-tiap tangkai itu pula terdapat seratus biji. Dan ingatlah Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya dan Allah Maha Luas ( KurniaNya ) lagi Maha Mengetahui”. ( Surah Al-Baqarah Ayat 261 )

Firmanya lagi,
وَمَا يَفْعَلُواْ مِنْ خَيْرٍ فَلَن يُكْفَرُوْهُ وَاللّهُ عَلِيمٌ بِالْمُتَّقِينَ 
Dan apa sahaja kebajikan yang mereka lakukan, maka mereka tidak sekali-kali akan dinafikan atau disekat daripada mendapat pahala. Dan ingatlah allah sentiasa mengetahui akan keadaan orang-orang yang bertakwa.Ali Imran 115

Sesungguhnya tujuan kita dihidupkan dimuka bumi ini ialah untuk mengabadikan diri kepada Allah , Tuhan Yang Maha Pencipta dan Maha Berkuasa. Mengabadikan diri termasuklah dengan beribadah kepadaNya, mentaati perintahNya dengan melaksanakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya.


Sebagai hamba Allah sudah tentu kita sentiasa mahu berada dekat kepadaNya serta menjadi hambaNya yang dikasihi kerana orang yang dikasihi Allah  akan mendapat rahmat, hidayah dan berkat serta perlindungan daripada Allah . Terdapat beberapa amalan yang boleh mendekatkan diri kita kepadaNya, antaranya dengan bersedekah mengikut istilah syarak, sedekah ialah pemberian semasa hidup kepada seseorang tanpa ada tukar ganti atas dasar mendekatkan diri kepada Allah . Allah berfirman  :

لَن تَنَالُواْ الْبِرَّ حَتَّى تُنفِقُواْ مِمَّا تُحِبُّونَ وَمَا تُنفِقُواْ مِن شَيْءٍ فَإِنَّ اللّهَ بِهِ عَلِيمٌ
"Kamu sekali-kali tidak akan dapat mencapai hakikat kebaktian yang sempurna hingga kamu menafkahkan sebahagian dari apa yang kamu sayangi. Dan apa saja yang kamu nafkahkan itu, maka sesungguhnya Allah Maha Mengetahui".Al-Imran ayat 92

Dari penjelasan tersebut juga dapatlah kita membezakan antara amalan sedekah dan wakaf itu dimana sedekah boleh diberikan kepada sesiapa sahaja yang memerlukan, barang yang disedekahkan itu pula boleh dipindah milik seperti diberikan lagi kepada orang lain, dijual, dipindah ketempat lain dan sebagainya serta barang juga tidak semestinya sesuatu yang kekal dan tahan lama seperti makanan, minuman dan sebagainya. Hukum berwakaf ialah sunat namun ganjaran dari amalan berwakaf sangatlah besar kerana si pewakaf sentiasa menerima pahala amalannya selagi benda yang diwakafkan tersebut masih dapat dimanfaatkan oleh orang ramai, dan ganjarannya tersebut akan sentiasa diterima walaupun dia telah meninggal dunia.

Sahabat yang dirahmati Allah sekelian, memandangkan membelanjakan harta di jalan Allah itu sesuatu yang dituntut oleh agama kita dan sangat besar faedah kepada umat manusia dan ganjarannya juga besar disisi Allah . Maka sangat rugilah bagi mereka yang mempunyai kemampuan dan kelebihan jika tidak merebut peluang bebuat demikian, kerana masa didunia inilah sahaja tempat kita melabur utuk akhirat. Dan ingatlah bahawa orang-orang yang besedekah, berwakaf, membelanjakan hartanya untuk barang lain akan mendapat menghindarkan dirinya dari kebakhilan bahkan juga dapat menyelamatkan dirinya dari seksa api neraka. Dan mereka itulah orang-orang yang berbahagia, akhirnya marilah kita sama-sama berdoa semoga kita dapat nikmat rezeki yang halal dan baik supaya dengan nikmat tersebut kita dapat menggunakannya kearah jalan yang berkebajikan dan bagi mendapat rahmat dan berkat daripada Allah .
Ada sebuah Masjid Nurul Iman -Telok Panglima Garang Selangor  ingin membuat pembesaran ruang solat dan memohon sedekaf wakaf ,jadi setelah kita tahu betapa besarnya pahala berwakaf ini maka marilah kita sama-sama berwakaf sebagai saham akhirat untuk kita semua (saya dan anda) dan sampaikan kepada yang lain semoga kita semua akan mendapat ganjaran yang besar bersama-sama dihadapan Allah nanti.

Tabung pembangunan Masjid Nurul Iman-Telok Panglima Garang, Selangor
CIMB Islamic Account :12270000242101

Akhirnya kita amati Firman Allah yang baerkaitan denagnya:
الَّذِي يُؤْتِي مَالَهُ يَتَزَكَّى وَمَا لِأَحَدٍ عِندَهُ مِن نِّعْمَةٍ تُجْزَى إِلَّا ابْتِغَاء وَجْهِ رَبِّهِ الْأَعْلَى وَلَسَوْفَ يَرْضَى 
"Yang mendermakan hartanya dengan tujuan membersihkan dirinya dan harta bendanya, sedang ia tidak menanggung budi sesiapa pun, yang patut dibalas, hanyalah mengharapkan keredhaan tuhannya yang Maha Tinggi. Dan demi sesungguhnya, ia tetap akan berpuas hati pada hari akhirat, dengan mendapat segala yang diharapkannya". 

والله أعلم بالصواب والله تعالى أعلىو أعلم
 
و إلى اللقاء إن شاء الله تعالى

والسلام علبكم و رحمة الله و بركاته
 

وَتَعَاوَنُوا عَلَى الْبِرِّ وَالتَّقْوَىٰ ۖ وَلَا تَعَاوَنُوا عَلَى الْإِثْمِ وَالْعُدْوَانِ
 
(٢ :سورة المائدة)
Dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan bertaqwa, dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa (maksiat) dan permusuhan.(Al-Maidah:2)

كلمتان خفيفتان علي اللسان ثقيلتان في الميزان حبيبتان إلي الرحمن سبحان الله وبحمده سبحان الله العظيم
 
2 kalimah yang ringan di lidah,berat di atas neraca timbangan
dan disukai oleh Allah Tuhan Yang Maha Pengasih ialah:سبحان الله وبحمده سبحان الله العظيم
SUBHANALLAH WABIHAMDIHI,SUBHANALLAHIL AZEEM
Maha suci Allah dan Segala  Puji Baginya , Mahasuci Allah Yang Maha Agung
(Hadith Riwayat Bukhari & Muslim)