Makanan
adalah sumber utama kehidupan manusia. Umat ISLAM adalah suatu umat yang telah
disyari’atkan oleh ALLAH swt. dengan mewajibkan memakan dari sumber yang HALAALAN
THOYYIBA... HALAL lagi baik.
Pencernaan dalam sistem
tubuh badan manusia mengikut apa yang dimakan. Jika makanan itu HALAL maka
terbitlah budipekerti yang mulia, dan jika sumber atau makanan itu HARAM maka
terbitlah perangai-perangai keji yang dicela syarak. Disamping itu, selain
daripada makanan peralatan luaran seperti kosmetik, dandanan diri, keperluan
harian dan sebagainya juga merupakan barang kegunaan utama umat ISLAM. Adakah
diyakini semuanya itu HALAL LAGI BAIK?
PRODUK YANG ANDA GUNA HARI
INI!
Perlu anda ingat,
kebanyakan kilang pengeluaran produk makanan atau lainnya bukanlah dari
pengilang orang ISLAM meskipun mendapat sijil HALAL, namun persoalannya: “BERMULANYA
KESUCIAN ITU ADALAH DARI TANGAN-TANGAN Orang
Yang Mempunyai Kalimah Laailaaha illallah… Muhammadur
Rasulullah…Iaitu pastinya Orang MUSLIM…”.
Yang dimakan itu bukan sahaja makanan dari tangannya tetapi juga RUH ISLAMnya
itu yang diperlukan.
FAHAM ORANG BUKAN ISLAM
Orang bukan ISLAM sudah
pasti tidak akan memahami apa itu erti “SUCI”? Pada mereka memadai dengan tidak
memasuki babi atau arak dalam makanan itu sudah cukup untuk dinilai “SUCI”.
Walhal sebelum datang ke kilang baru sebentar tadi mereka membelai-belai anjing
kesayangan mereka atau makan khinzir; dan dengan tangan itu jugalah yang
menguli tepung untuk dibuat roti atau biskut yang bakal dijual pada umat ISLAM!
PENILAIAN SUCI:
Oleh yang demikian
penilaian suci itu tidaklah boleh diambil mudah oleh pengguna ISLAM kerana ia
akan memberi kesan pada kehidupan seseorang dari segi agamanya iaitu
ketaatannya pada ALLAH dan Rasul-Nya. Sebab itulah hari ini ramai yang menjadi
ISLAM di sisi manusia tapi kufur di sisi ALLAH kerana mengabaikan tuntutan
syarak.
APAKAH KAITANNYA PRODUK HARAM
DENGAN LEMAHNYA ORANG MUSLIM AKHIR-AKHIR INI?
Akibat dari banyak makan
makanan yang tidak HALAALAN THOYYIBA menjadikan orang-orang ISLAM cintakan
dunia dan kejahatan lebih dari akhirat. Hati menjadi semakin keras, gelap dan
sukar dididik. Patuh dan cinta kepada maksiat lebih dari cintakan kebaikan dan
akhirat.
Hilang semangat berjuang
untuk ISLAM kerana daging yang tumbuh dalam badan banyak terhasil dari makanan
yang HARAM atau syubhat.Sanggup dan taat kepada perjuangan musuh-musuh ALLAH
kerana mereka mencipta makanan yang boleh mengubah minda dan mentaliti
orang-orang ISLAM yang lalai dan ingkar dengan ALLAH dan Rasul-Nya.
TANGGUNGJAWAB
ORANG-ORANG ISLAM.
Mempelajari
bidang-bidang khusus dalam pemakanan dan pembuatan supaya menjadi pakar dalam
menyediakan produk HALAALAN THOYYIBA.
Menjadi
usahawan dalam perusahaan produk-produk HALAALAN
THOYYIBA.
Mendidik
umat ISLAM tentang kesan dan akibatnya dari makan makanan yang tidak HALAALAN
THOYYIBA.
Menubuhkan
pusat penjualan produk-produk HALAALAN THOYYIBA dan
berusaha menjauhi serta zuhud dari produk-produk haram. Mempelajari
dan mengetahui tentang bahan-bahan produk haram.
APA TUGAS ANDA?
Untuk
memastikan kita dapat TAAT PERINTAH ALLAH SWT. DAN IKUT SUNNAH
RASULULLAH SAW. Maka anda hendaklah lebih ZUHUD dalam
memilih produk dan memastikan produk itu HALAALAN
THOYYIBA. Sokongan anda kepada produk keluaran
pengilang ISLAM sangat-sangatlah dialu-alukan sebagai fardhu ‘ain.