السلام علبكم و رحمة الله و بركاته
إِنَّمَا يَخْشَى اللَّهَ مِنْ عِبَادِهِ الْعُلَمَاء
والسلام علبكم و رحمة الله و بركاته
وَتَعَاوَنُوا عَلَى الْبِرِّ وَالتَّقْوَىٰ ۖ وَلَا تَعَاوَنُوا عَلَى الْإِثْمِ وَالْعُدْوَانِ
(٢ :سورة المائدة)
Dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan bertaqwa, dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa (maksiat) dan permusuhan.(Al-Maidah:2)
كلمتان خفيفتان علي اللسان ثقيلتان في الميزان حبيبتان إلي الرحمن سبحان الله وبحمده سبحان الله العظيم
2 kalimah yang ringan di lidah,berat di atas neraca timbangan
dan disukai oleh Allah Tuhan Yang Maha Pengasih ialah:سبحان الله وبحمده سبحان الله العظيم
SUBHANALLAH WABIHAMDIHI,SUBHANALLAHIL AZEEM
Maha suci Allah dan Segala Puji Baginya , Mahasuci Allah Yang Maha Agung
(Hadith Riwayat Bukhari & Muslim)
Sahabat yang dirahmati Allah sekelian, diantara hamba-hamba Allah yang paling takut dengan Allah ialah orang yang berilmu-(Ulama) iaitu orang yang mempunyai ilmu yang berkaitan dengan ketaqwaan/pengabdian kepada Allah .Dimanakah kedudukan kita ? kita jawab dalam hati kecil kita dimana kedudukan kita kerana hati kecil kita tidak pernah menipu kedudukan kita yang sebenar. Oleh itu marilah kita bersama-sama mencari /mempelajari /mendengar /membaca ilmu-ilmu yang boleh menyebabkan kita lebih mendekati Allah. Allah berfirma:
إِنَّمَا يَخْشَى اللَّهَ مِنْ عِبَادِهِ الْعُلَمَاء
Sesungguhnya yang takut kepada Allah di antara hamba-hamba-Nya, hanyalah ulama .Fathir 28
يَرْفَعِ اللَّهُ الَّذِينَ آمَنُوا مِنكُمْ وَالَّذِينَ أُوتُوا الْعِلْمَ دَرَجَاتٍ
niscaya Allah akan meninggikan orang-orang yang beriman di antaramu dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan beberapa darjat-Mujadilah11
Sabda Nabi:
1. Daripada Mu`awiyah bin Abi Sufyan, dia berkata, bahawa Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam telah bersabda:
مَنْ يُرِدِ اللهُ بِهِ خَيْرًا يُفَقِّهْهُ فِي الدِّيْنِ
“Barangsiapa yang dikehendaki ALLAH pada seseorang itu akan kebaikan, nescaya DIA fahamkan diri seseorang itu dalam hal agama.” (HR Muttafaqun `alaih)
2. Daripada Abu Hurairah, radhiAllahu `anhu, dia berkata, bahawa Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam telah bersabda:
مَنْ سَلَكَ طَرِيْقًا يَلْتَمِسُ فِيهِ عِلْمًا سَهَّلَ اللهُ لَهُ بِهِ طَرِيقًا اِلَى الْجَنَّةِ
“Barangsiapa menempuh suatu jalan untuk mencari ilmu, nescaya dimudahkan oleh ALLAH baginya jalan menuju ke Syurga.”(HR Muslim)
3. Daripada Abu Hurairah, radhiAllahu `anhu, dia berkata, bahawa Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam telah bersabda:
اِذَا مَاتَ ابْنُ آدَمَ اِنْقَطَعَ عَمَلُهُ اِلاَّ مِنْ ثَلاَثٍ: صَدَقَةٍ جَارِيَةٍ أَوْ عِلْمٍ يُنْتَفَعُ بِهِ أَوْ وَلَدٍ صَالِحٍ يَدْعُو لَه
“Apabila mati anak Adam, terputuslah amalan-amalannya kecuali tiga hal: sedeqah jariah atau ilmu yang bermanfaat atau anak soleh yang mendo`akannya.” (HR Muslim, Ibnu Majah dan Ibnu Khuzaimah dari sanad yang lain.)

Sahabat yang dirahmati Allah , semoga kita termasuk diantara hamba Allah yang paling bertakwa kepadanya dengan membanyakan mempelajari, mendengar dan memahami ilmu yang mendekankan kita dengan Allah.
والله أعلم بالصواب والله تعالى أعلىو أعلم
و إلى اللقاء إن شاء الله تعالى