Tuesday, February 12, 2013

Mari Kita Berwakaf...

السلام علبكم و رحمة الله و بركاته
Sahabat yang dirahmati Allah sekelian, mari kita amati sebuah hadis Rasulullah mengenai persoalan Wakaf semoga akan membuka minda kita untuk berwakaf yang mana ianya akan menjadi saham kepada kita walaupun setelah kita tiada dimuka bumi Allah ini.

عَنْ ‏أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِىَ اللهُ تَعَالى عنه ‏أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ ‏ ‏صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ‏ ‏قَالَ : ‏ ‏إِذَا مَاتَ ابْنُ آدَمَ انْقَطَعَ عَنْهُ عَمَلُهُ إِلاَّ مِنْ ثَلاثَةٍ : صَدَقَةٍ جَارِيَةٍ ، اَوْعِلْمِ يُنْتَفَعُ بِهِ ، أَوْ وَلَدٍ صَالِحٍ يَدْعُو لَهُ. ‏ 

“Apabila matinya seseorang anak Adam itu maka terputuslah amalannya kecuali tiga perkara iaitu sedekah jariah(wakaf) , ilmu yang dimanfaatkannya dan anak yang soleh yang sentiasa mendoakan kepada kedua ibubapanya. (Hadis Riwayat Muslim )

Wakaf adalah satu ibadah menyerahkan harta yang kita miliki untuk kegunaan Umat Islam/maknuasia dengan niat sebagai ibadah untuk mendekatkan diri kita kepada Allah . Para Fuqahah (ahli fiqh dan ulama') berpendapat amalan wakaf merupakan ibadah yang berbentuk sedekah jariah yang menjanjikan ganjaran pahala yang berkekalan dan mengalir terus kepada pewakaf buat selama-lamanya dan sangat dituntut dalam agama Islam. Ia merupakan suatu amal soleh yang mana pahalanya akan diberikan secara berterusan oleh Allah  kepada pewakaf selagi mana harta atau ain yang diwakafkan itu kekal dan dimanfaatkan oleh orang ramai. Kedudukan harta wakaf adalah kekal sebagai hak Allah Taala, dengan demikian kedudukan harta waqaf tidak boleh dimiliki, dijual, dihibah ( diberi ) , diwarisi dan dipusakai.

Allah  telah mensyariatkan/menetapkan wakaf, menganjur dan menjadikannya sebagai salah satu cara untuk mendampingkan diri kepadanya dan memberikan pahala yang cukup besar bagi sesiapa yang menginfaqkan/mewakafkan harta mereka ke jalan Allah  sebagaimana firmannya :-

 مَّثَلُ ٱلَّذِينَ يُنفِقُونَ أَمۡوَٲلَهُمۡ فِى سَبِيلِ ٱللَّهِ كَمَثَلِ حَبَّةٍ أَنۢبَتَتۡ سَبۡعَ سَنَابِلَ فِى كُلِّ سُنۢبُلَةٍ مِّاْئَةٍُ حَبَّةٍ۬‌ۗ وَٱللَّهُ يُضَـٰعِفُ لِمَن يَشَآءُ‌ۗ وَٱللَّهُ وَٲسِعٌ عَلِيمٌ
“ Bandingan ( pahala ) orang-orang yang membelanjakan harta mereka pada jalan Allah seumpama sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai dan tiap-tiap tangkai itu pula terdapat seratus biji. Dan ingatlah Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya dan Allah Maha Luas ( KurniaNya ) lagi Maha Mengetahui”. ( Surah Al-Baqarah Ayat 261 )

Firmanya lagi,
وَمَا يَفْعَلُواْ مِنْ خَيْرٍ فَلَن يُكْفَرُوْهُ وَاللّهُ عَلِيمٌ بِالْمُتَّقِينَ 
Dan apa sahaja kebajikan yang mereka lakukan, maka mereka tidak sekali-kali akan dinafikan atau disekat daripada mendapat pahala. Dan ingatlah allah sentiasa mengetahui akan keadaan orang-orang yang bertakwa.Ali Imran 115

Sesungguhnya tujuan kita dihidupkan dimuka bumi ini ialah untuk mengabadikan diri kepada Allah , Tuhan Yang Maha Pencipta dan Maha Berkuasa. Mengabadikan diri termasuklah dengan beribadah kepadaNya, mentaati perintahNya dengan melaksanakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya.


Sebagai hamba Allah sudah tentu kita sentiasa mahu berada dekat kepadaNya serta menjadi hambaNya yang dikasihi kerana orang yang dikasihi Allah  akan mendapat rahmat, hidayah dan berkat serta perlindungan daripada Allah . Terdapat beberapa amalan yang boleh mendekatkan diri kita kepadaNya, antaranya dengan bersedekah mengikut istilah syarak, sedekah ialah pemberian semasa hidup kepada seseorang tanpa ada tukar ganti atas dasar mendekatkan diri kepada Allah . Allah berfirman  :

لَن تَنَالُواْ الْبِرَّ حَتَّى تُنفِقُواْ مِمَّا تُحِبُّونَ وَمَا تُنفِقُواْ مِن شَيْءٍ فَإِنَّ اللّهَ بِهِ عَلِيمٌ
"Kamu sekali-kali tidak akan dapat mencapai hakikat kebaktian yang sempurna hingga kamu menafkahkan sebahagian dari apa yang kamu sayangi. Dan apa saja yang kamu nafkahkan itu, maka sesungguhnya Allah Maha Mengetahui".Al-Imran ayat 92

Dari penjelasan tersebut juga dapatlah kita membezakan antara amalan sedekah dan wakaf itu dimana sedekah boleh diberikan kepada sesiapa sahaja yang memerlukan, barang yang disedekahkan itu pula boleh dipindah milik seperti diberikan lagi kepada orang lain, dijual, dipindah ketempat lain dan sebagainya serta barang juga tidak semestinya sesuatu yang kekal dan tahan lama seperti makanan, minuman dan sebagainya. Hukum berwakaf ialah sunat namun ganjaran dari amalan berwakaf sangatlah besar kerana si pewakaf sentiasa menerima pahala amalannya selagi benda yang diwakafkan tersebut masih dapat dimanfaatkan oleh orang ramai, dan ganjarannya tersebut akan sentiasa diterima walaupun dia telah meninggal dunia.

Sahabat yang dirahmati Allah sekelian, memandangkan membelanjakan harta di jalan Allah itu sesuatu yang dituntut oleh agama kita dan sangat besar faedah kepada umat manusia dan ganjarannya juga besar disisi Allah . Maka sangat rugilah bagi mereka yang mempunyai kemampuan dan kelebihan jika tidak merebut peluang bebuat demikian, kerana masa didunia inilah sahaja tempat kita melabur utuk akhirat. Dan ingatlah bahawa orang-orang yang besedekah, berwakaf, membelanjakan hartanya untuk barang lain akan mendapat menghindarkan dirinya dari kebakhilan bahkan juga dapat menyelamatkan dirinya dari seksa api neraka. Dan mereka itulah orang-orang yang berbahagia, akhirnya marilah kita sama-sama berdoa semoga kita dapat nikmat rezeki yang halal dan baik supaya dengan nikmat tersebut kita dapat menggunakannya kearah jalan yang berkebajikan dan bagi mendapat rahmat dan berkat daripada Allah .
Ada sebuah Masjid Nurul Iman -Telok Panglima Garang Selangor  ingin membuat pembesaran ruang solat dan memohon sedekaf wakaf ,jadi setelah kita tahu betapa besarnya pahala berwakaf ini maka marilah kita sama-sama berwakaf sebagai saham akhirat untuk kita semua (saya dan anda) dan sampaikan kepada yang lain semoga kita semua akan mendapat ganjaran yang besar bersama-sama dihadapan Allah nanti.

Tabung pembangunan Masjid Nurul Iman-Telok Panglima Garang, Selangor
CIMB Islamic Account :12270000242101

Akhirnya kita amati Firman Allah yang baerkaitan denagnya:
الَّذِي يُؤْتِي مَالَهُ يَتَزَكَّى وَمَا لِأَحَدٍ عِندَهُ مِن نِّعْمَةٍ تُجْزَى إِلَّا ابْتِغَاء وَجْهِ رَبِّهِ الْأَعْلَى وَلَسَوْفَ يَرْضَى 
"Yang mendermakan hartanya dengan tujuan membersihkan dirinya dan harta bendanya, sedang ia tidak menanggung budi sesiapa pun, yang patut dibalas, hanyalah mengharapkan keredhaan tuhannya yang Maha Tinggi. Dan demi sesungguhnya, ia tetap akan berpuas hati pada hari akhirat, dengan mendapat segala yang diharapkannya". 

والله أعلم بالصواب والله تعالى أعلىو أعلم
 
و إلى اللقاء إن شاء الله تعالى

والسلام علبكم و رحمة الله و بركاته
 

وَتَعَاوَنُوا عَلَى الْبِرِّ وَالتَّقْوَىٰ ۖ وَلَا تَعَاوَنُوا عَلَى الْإِثْمِ وَالْعُدْوَانِ
 
(٢ :سورة المائدة)
Dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan bertaqwa, dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa (maksiat) dan permusuhan.(Al-Maidah:2)

كلمتان خفيفتان علي اللسان ثقيلتان في الميزان حبيبتان إلي الرحمن سبحان الله وبحمده سبحان الله العظيم
 
2 kalimah yang ringan di lidah,berat di atas neraca timbangan
dan disukai oleh Allah Tuhan Yang Maha Pengasih ialah:سبحان الله وبحمده سبحان الله العظيم
SUBHANALLAH WABIHAMDIHI,SUBHANALLAHIL AZEEM
Maha suci Allah dan Segala  Puji Baginya , Mahasuci Allah Yang Maha Agung
(Hadith Riwayat Bukhari & Muslim)

No comments:

Post a Comment