Assalamualaikum,
Realiti kehidupan sebagai umat Islam yang kena kita terima... Musuh2 Islam akan cuba sedaya upaya untuk menyesatkan kita baik dengan cara halus atau kasar. Sehalus2 cara adalah menghimpunkan sebanyak mungkin bahan haram didalam tubuh kita tanpa kita sedari. Ini adalah sebahgian dari perancangan jahat negara2 penyembah syaitan yang sedang menguasai dunia sekarang.
Hakikatnya JAKIM adalah sebuah badan kechil sahaja dalam perkara yang teramat besar dalam Islam iaitu halal/haram... Kita kena juga terima hakikat yang JAKIM juga tidak dapat memantau kesemua produk yg berlogo dari aspek formulasi dan penyediaanya selagi tiada aduan. Kekurangan kakitangan juga adalah punca ini berlaku. Mana mungkin dengan hanya beberapa pegawai sahaja dapat memantau kesemua produk2, restoran, bahan makanan dll yang telah disahkan??? Kita bercerita tentang ratusan ribu produk2 dsb....
Sebaik2nya kita terima hakikat ini dan mula berhati2 dengan apa yang dibeli, dimakan atau digunakan. Sekiranya ada berita2 atau panduan2 yg sahih tentang halal / haram yang datangnya dari saudara seIslam, seharusnya diambil perhatian. Saling ingat mengingatkan sesama Islam adalah dituntut..
Semoga kita mendapat kebaikan didunia dan diakhirat
Pedas tetapi Ikhlas
No comments:
Post a Comment